Monday, May 4, 2009

PEMILIHAN KELAB ASTRONOMI ( HOT & SENSASI)

Maklumat terbaru yang diterima oleh UPSI-Insider menyatakan bahawa Kelab Astronomi akan mengadakan pemilihan MT mereka semester depan seawal minggu kedua. Pihak kami difahamkan pemilihan tersebut pasti akan menimbulkan satu sensasi dan paling panas akan berlaku perebutan jawatan YDP. Nampaknya akan muncul juga dua pihak di dalam pemilihan kali ini. Menurut wartawan kita Halim Din menyatakan akan berlaku perebutan yang hebat kerana satu golongan akan diketuai oleh YDP dan Timbalan YDP sekarang yang kononnya ingin menaikkan kroni mereka. Satu golongan melawan akan diketuai seorang Exco Kelab ini yang sentiasa inginkan perubahan. Satu pertarungan yang ditunggu-tunggu.

Menurut Rozi ( nama samaran) hal ini agak jelas kerana menjelang AGM kelab ini, beberapa Exco seperti dipinggirkan di dalam struktur jawatankuasa pelaksana AGM bagi mengurangkan kuasa mereka terutama pemilihan. Malah beberapa sumber yang dipercayai mengatakan pemilihan kali ini ditunggu-tunggu kerana akan bakal berlaku perubahan di dalam AGM kali ini.....

Pihak kami akan memberikan liputan dari semasa ke semasa...
Halim Din @ halim_din@yahoo.com

4 comments:

  1. Bila baca entri ni kelakar sangat la.. Aku tak tau dari mane Halim Din ni dapat citer..

    Ntah2 Halim Din org HEP kot.. Sb kami baru je hantar kertas kerja semalam kat HEP..

    Takkan seawal itu berita ni boleh tersebar... konfius2..

    Dan, yg aku lagi konfius dgn statement yg ni..

    "Pihak kami difahamkan pemilihan tersebut pasti akan menimbulkan satu sensasi dan paling panas akan berlaku perebutan jawatan YDP"...

    Seingat aku dlm pemilihan YDP Kelab Astronomi UPSI semuanya berdasarkan majoriti undian, dan takde timbul isu nak naikkan mane2 kroni..

    "Menurut wartawan kita Halim Din menyatakan akan berlaku perebutan yang hebat kerana satu golongan akan diketuai oleh YDP dan Timbalan YDP sekarang yang kononnya ingin menaikkan kroni mereka."

    ni statement yg sgt2 tak berasas... Halim Din ni kalo nak wat citer, biarla dari sumber yg betul.. bukan sekadar nak sedapkan citer jer..

    lagi statement yg amat kelakar bagi aku..

    "Satu golongan melawan akan diketuai seorang Exco Kelab ini yang sentiasa inginkan perubahan. Satu pertarungan yang ditunggu-tunggu."

    'satu golongan' tu sape erk..??

    Untuk pengetahuan semua, exco kelab astronomi sessi 2008/09 majoriti dipegang oleh pelajar senior fiz sem 6.. dan 2 org lagi adalah dari junior fizik sem 2..

    Untuk pemilihan semester hadapan, kami amat mengalu2kan pelajar2 junior ini yang akan mengambil alih..

    lagi statement yg nk aku terangkan skit..

    "Menurut Rozi ( nama samaran) hal ini agak jelas kerana menjelang AGM kelab ini, beberapa Exco seperti dipinggirkan di dalam struktur jawatankuasa pelaksana AGM bagi mengurangkan kuasa mereka terutama pemilihan"

    nak tanya skit, Rozi ni ahli kelab astronomi ker?? haha.. pandai2 je buat citer,,

    Nk tau juga sape Exco yg dipinggirkan tue..??
    Kami bukanla Kelab yang popular sgt kat Upsi ni, hanya mampu handle beberapa aktiviti yang kecil2 jer..

    Lastl, aku 'terasa terharu' juga la dgn statement ni..

    "Malah beberapa sumber yang dipercayai mengatakan pemilihan kali ini ditunggu-tunggu kerana akan bakal berlaku perubahan di dalam AGM kali ini"

    >>tak sngka juga yer, pemilihan ni ditunggu2.. hahaha..

    Untuk pengetahuan semua, perubahan dlm AGM memang pasti akn berlaku..

    MT dan Exco yg lepas majoriti dengan hati terbuka memberi jawatan mereka kepada muka2 baru...

    Terima kasih kpd Halim Din yg sgt peka dgn isu semasa..

    Yang Benar,
    Pengerusi Kelab Astronomi 2008/09

    ReplyDelete
  2. Jemput ziarah blog kami http://astronomiupsi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Saudara, Rozi adalah nama samaran kepada pemberi maklumat kami. Jadi beliau semestinya adalah seorang ahli kelab astronomi.
    bagaimana kami tahu akan ada AGM kelab ini kerana kami mempunyai wartawan yang sentiasa peka kepada maklumat sensasi dan hangat. Sudah menajdi motto kami "Hangat, Telus, Sensasi"
    Terima Kasih atas komen saudara...

    Halim Din

    ReplyDelete
  4. Motto "Hangat, Telus, Sensasi"

    Nak komen skit.. "Hangat, Sensasi" mungkin sesuai, tapi "Telus" tu... Takboleh nak kata la..

    hehehe..

    Daripada entri ni pun sy dah dapat jangka "ketelusan" yg wartawan upsi-insider perjuangkan...

    Indah khabar dari rupa..

    ReplyDelete