Saturday, May 16, 2009

Sensasi: Hari Simfoni Warisan.. ( Persatuan Sejarah) PERMAS..Matap dan contoh Persatuan Terbaik tahun ini...

Tjg Malim- Beberapa hari yang lepas semasa saya pergi ke Bangunan HEP, Saya sempat melihat beberapa orang yang saya lihat seperti sibuk ke sana ke mari. Saya sendiri tidak begitu mengenali orang tersebut. Jadi sebagai seorang wartawan UPSI-INSIDER yang ingin mendapatkan berita sensasi saya pun mendekatkan diri dengan orang tersebut. Namun hajat saya tidak kesampaian kerana dia telahpun terlebih dahulu masuk ke dalam bangunan tersebut berjumpa dengan pegawai HEP. Namun begitu hasrat saya ingin berjumpa dengan orang tersebut juga tidak tercapai kerana selepas itu saya terpaksa ke perpustakaan kerana mendapat pangilan daripada rakan saya.

Namun nasib saya agak baik kerana pada malam itu saya sempat berbual dengan seorang mahasiswa yang ingin dikenali sebagai Mr M yang akhirnya membongkar mengenai kesibukan orang yang saya maksudkan dia atas tadi. Rupa-rupanya orang yang saya nampak di HEP menurut MR M adalah beberapa orang Majlis Tertinggi dan exco Persatuan Mahasiswa Sejarah ( PERMAS) dan mereka inilah menurutnya bertungkus lumus untuk menjayakan program besar yang akan dijalankan oleh PERMAS pada semester depan. Menurutnya lagi beliau sendiri merasakan bahawa kesanggupan beberapa orang exco PERMAS untuk tidak balik cuti bagi menjayakan program yang dikatakan agak besar. Mr. M turut menambah selain MT & exco PERMAS terdapat beberapa orang lagi ketua AJK program yang turut sama bertungkus lumus bagi memastikan program ini nanti berjalan sama. malah menurut Mr.M ada dikalangan MT & Exco ini daripada Sarawak yang sanggup tidak balik awal bagi memastikan persiapan dilakukan dengan rapi dan menurutnya lagi ada juga dikalangan mereka yang akan menjalankan ROS tetapi sanggup balik lewat dan tambahnya lagi kesanggupan beberapa MT, exco & Ketua AJK semester 6 yang sepatutnya sudah bersedia untuk mencari bahan untuk tesis mengorbankan masa mereka untuk menjayakan program ini. Menurut Mr. M yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mengatakan lagi dia begitu teruja dan bangga dengan komitmen MT,Exco dan Ketua AJk program ini yang sanggup mengetepikan kepentingan diri bagi menjayakan program ini.Selain itu apabila ditanya kepada dia apakah MT dan Exco PERMAS dapat menunaikan janji mereka dahulu Mr M mengatakan mereka telah berjaya menunaikan janji mereka kepada seluruh ahli PERMAS. Menurutnya lagi pimpinan PERMAS kali ini adlah terbaik dan sangat kuat. Malah manifesto mereka semasa berkempen jawatan dahulu sudah ditunaikan. Pada pemilihan akan datang menurutnya lagi kalau boleh semua MT sekarang ini harus dikekalkan kerana kepimpinan mereka sudah terbukti dan tidak boleh dinaafikan.

Mr. M juga menyatakan bahawa setakat ini PERMAS merupakan antara persatuan yang tengah naik dan hangat. Jadi jika hari simfoni warisan nanti menjadi maka ia secara tidak langsung ia akan mengiktiraf PERMAS sebagai Persatuan terbaik di UPSI. Oleh itu beliau menyeru supaya semua warga UPSI untuk menyokong program ini nanti..

UPSI-INSIDER kata:
Sesuatu yang agak mengejutkan kerana sebelum ini ada berita mengatakan perpecahan di kalangan MT-MT PERMAS tetapi selepas risikan dijalankan ia merupakan satu khabar angin dan sememangnya MT-MT PERMAS bersatu padu dan kalau diberi indeks KPI beberapa orang MT dan Exco nya dianggap cemerlang. Saya sendiri walaupun bukan dari pelajar Sejarah dan ahli PERMAS, tetapi saya berasa bangga kerana ada dikalangan persatuan yang sungguh mantap dan beberapa mT dan Exconya dikatakan berpontensi menjadi pemimpin yang baik beberapa semester akan datang. Saya difahamkan menerusi sumber yang sahih mengatakan beberapa Exco junior PERMAS dikatakan berpontensi suatu hari nanti untuk menjadi MPP kerana keupayaan exco-exco ini mengendalikan beberapa isu mahasiswa sejarah dan program mereka sudah terbukti mantap dan sudah masuk beberapa akhbar utama negara. Antara Isu yang sempat saya ketahui menerusi temubual dan risikan dengan beberapa ahli PERMAS mengatakan bahawa isu seperti minor semester 2 yang diperjuangkan PERMAS telah berjaya dan menurut seorang informer saya mengatakan dua orang exconya tersebut dan beberapa rakan mereka telah turun naik ke Canselori untuk berbincang isu minor dengan pegawai akademik hingga akhirnya perjuangan mereka berjaya. Selain itu menurut seorang lagi informer saya yang dikenali sebagai Murad mengatakan keprihatinan MT PERMAS semester ini sangat jelas terutama sekali dalam kebajikan. Menurutnya lagi inisiatif yang ditunjukkan mereka jelas dalam membantu beberapa mahasiswa sejarah yang ditimpa kemalangan. Menurutnya keprihatinan ini menunujukkan bahawa kepimpinan PERMAS berjiwa ahli dan dia juga memuji kepimpinan PERMAS yang diketuai oleh Abu Hanifah ini.

Malah UPSI-Insider sendiri sempat mengujungi blog mereka dan melihat senarai MT-MT PERMAS dan upsi-insider terus melakukan risikan untuk mengetahui apakah benar mereka ini sangat mantap. Jawapannya adalah benar. Malah menurut sumber daripada seorang mahasiswa semeter 4 Sejarah sekarang menyatakan setiap semester pelajar Sejarah pasti mengenali MT mereka kerana mereka mudah mesra dan sentiasa turun padang. Jadi sebenarnya bila tidak ada kepincangan di dalam PERMAS agak sukarlah untuk UPSI-INSIDER mengkritik kerana hanya satu di dalam hati UPSI-INISDER iaitu pujian dan ucapan tahniah kepada PERMAS. Namun begitu terdetik di hati UPSI-Insider bila agaknya Persatuan Upsi-Insider sendiri iaitu Persatuan Mahasiswa Sains akan menjadi seperti PERMAS. UPSI-Insider sendiri melihat perlu ada perubahan di dlaam PMS supaya dapat mengembalikan kegemilangan PMS dan saya sendiris ebagai Ahli PMS mencadangkan agar PMS membuat satu karnival seperti yang akan dibuat oleh PERMAS semester akan datang...

# UPSI-INSIDER berjanji akan mendedahkan beberapa lagi isu hot dan hangat pada masa akan datang.

TRIPLE J,
Editor

( AHLI PMS Semeter 4)

Sunday, May 10, 2009

HOT>>>SENSASI...

Sangat menarik sekali mengenai apa yang terjadi di kolej-kolej kediaman semasa cuti ini kerana ada mesyuarat-mesyuarat JMK masing-masing. Semasa mesyuarat dijalankan ada di antara JMK-JMK ini bermesyuarat sampai ke pagi. Memang hebat barisan JMK ini mesyuarat dari pagi hinggalah awal pagi esoknya. Malah di satu kolej dikatakan terdapat beberapa perselisihan faham antara JMK-JMK mengenai program yang ingin mereka buat semester akan datang. Selain itu diberitakan YDP dan TYDP kolej tersebut tidak sependapat mengenai rancangan-rancangan mereka semester depan sehingga berlaku pertikaian di antara mereka. Aduhai wahai JMK-JMK kenapalah korang tak boleh sepakat buat aktiviti. Lain kali sepakatlah. Kan sepakat membawa berkat...............

Wednesday, May 6, 2009

KPI untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Naib-naib Canselor

Dari Blog Datuk Seri Khaled Nordin ( Menteri Pengajian Tinggi)

http://khalednordin.wordpress.com/


Hari ini warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang terdiri daripada kakitangan Kementerian, pemimpin dan pegawai institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kakitangan serta para pegawai agensi-agensi Kementerian, telah berkesempatan berkumpul di Putrajaya untuk menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian. Ianya bukan sahaja peluang untuk semua warga Kementerian bertemu, tetapi yang paling penting ialah peluang untuk saya menyampaikan amanat dan hasrat Kerajaan, untuk sama-sama dijayakan oleh semua warga Kementerian.

Selaras dengan pelantikan Perdana Menteri Ke-6, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang pada masa yang sama telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia (One Malaysia), pihak Kementerian ingin menggariskan beberapa penumpuaan aspek kecemerlangan pengajian tinggi; bermatlamat untuk menjayakan konsep tersebut. Berasaskan kepada misi Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan (People First, Performance Now), KPT telah mengenal pasti 4 teras utama yang perlu diberi penumpuaan. Teras-teras iaitu 4P tersebut adalah:

1. Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN);
2. Pendemokrasian Pengajian Tinggi;
3. Pengantarabangsaan; dan
4. Pembangunan Pelajar.

Keempat-empat teras tersebut yang juga merupakan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI) bagi KPT, merupakan penumpuaan khusus yang akan dilakukan oleh pihak Kementerian untuk sama-sama menjayakan konsep Satu Malaysia. Keberkesanan pelaksanaan proses ke arah menjayakan 4P ini secara langsung akan memastikan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan ilmu akan tercapai. Apa yang paling mustahak adalah graduan yang dihasilkan oleh IPT dari negara kita akan menjadi modal insan yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama.

Selain daripada itu, dalam ucapan saya kepada Naib-Naib Canselor universiti awam, saya turut menggariskan beberapa asas yang perlu mereka rujuk sebagai KPI bagi mereka. Kesemua Naib Canselor IPTA perlulah;

(i) tidak hanya bersandarkan kepada pelaksanaan dan sasaran PSPTN semata-mata. Sasaran matlamat 18 agenda kritikal yang digariskan dalam pelan tersebut juga hanyalah keperluan minima bagi semua IPTA dan perlu diterjemahkan dengan pelan mereka sendiri;
(ii) memastikan usaha melahirkan graduan yang memenuhi piawaian kualiti melalui penambahbaikan kepada aspek Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching & Learning);
(iii) memastikan IPT di bawah seliaan mereka mempunyai tadbir urus yang telus dan cekap; dan
(iv) sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk R&D yang dihormati.

KPI kepada Naib-naib Canselor ini akan menjadi kayu pengukur sejauh mana keberkesanan kepimpinan mereka di IPT masing-masing. Matlamat seseorang Naib Canselor juga haruslah berpandukan kriteria kecemerlangan sesebuah institusi dan juga selari dengan objektif serta ‘niche area’ IPT berkenaan.


Aspek pembiayaan yang merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada kecermelangan sektor pengajian tinggi negara juga memerlukan satu pendekatan baru. Aspek kelestarian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan antara cabaran hebat yang sedang dihadapi oleh pihak Kementerian pada hari ini. Dengan jumlah defisit sebanyak lebih RM 46 billion, satu mekanisme lestari sedang dikaji dan akan dibentangkan kepada kerajaan bagi memastikan pembiayaan kepada para pelajar dapat terus disalurkan. Sesungguhnya, kepentingan pelajar sentiasa diberi keutamaan dalam mencari formula ideal kepada penyelesaian cabaran ini.

Harapan saya semoga mesej yang telah saya sampaikan dalam majlis tersebut telah dapat dihayati oleh semua warga Kementerian. Adalah menjadi kesungguhan dan iltizam saya untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri demi memastikan pengajian tinggi negara terus berkembang dan sentiasa berada pada tahap kecemerlangan tertinggi.



UPSI-INSIDER KATA:

Baguslah kalau ia betul dilaksanakan. Kalau NC-NC ada KPI, bila lagi MPP kita kena KPI. Saya cadangkan supaya adanya KPI untuk MPP kita. Barulah telus..kalau boleh setiap Persatuan perlu mewujudkan KPI gak supaya MT-MT buat kerja dengan betul bukan cakap berapi-api masa pemilihan tapi kotakan apa yang dikatakan..

Tuesday, May 5, 2009

Kalaulah Izi bertanding MPP dahulu...pasti MPP lagi kuat

Betulkan kalau saya dapat katakan bahawa andai Izi bertanding di dalam pemilihan MPP dahulu pasti MPP kita kuat. Ini disebabkan selain berkedbeliti, Izi diketahui umum sebagai seorang yang bertanggungjawab, telus dan bijak. Saya sendiri tidak nampak kalau saudara Izi bertanding beliau akan kalah kerana kebanyakan mahasiswa mahupun mahasiswi semua inginkan beliau bertanding. Namun begitu atas sebab profresional kerana masih memegang amanah sebaagi YDP KUO beliau menolak percalonan MPP kerana beliau merasakan amanah yang dipegang adalah tanggungjawab yang besar. KUO sememangnya bertuah mendapat YDP seperti beliau kerana di dalam menguruskan KUO saudara Izi dikenali sebagai sebagai seorang yang tidak menyukai kronisme dan beliau memang dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah.

Apabila tuduhan penyelewengan yang dilemparkan oleh upsikini,saya merasakan ini salah satu fitnah yang tidak berasas. Di dalam situasi ini, Izi nyatalah seorang yang beribawa dan profresional kerana tidak melenting. Beliau nyata tidak membalas kritikan daripada upsikini tetapi beliau meneruskan tanggungjawab beliau sebagai YDP KUO dengan rasa tanggugjawab. Inilah seorang pemimpin yang dicari-cari oleh negara pada masa sekarang.

Penyertaan Izi didalam Seketeriat Minggu Suai Kenal sebenarnya dialu-alukan oleh warga UPSI kecuali UPSIKINI sahaja. Rata-rata mahasiswa mahupun mahasiswi yang ditemui mengatakan MSK ( Minggu Suai Kenal) sinonim dengan Izi. Tambahan pula pengalaman beliau memang diperlukan semasa MSK ini. Jika terdapat anugerah pelajar berkeliber sudah pastinya jatuh ke tangan Izi. Saya sendiri hairan dengan UPSIKINI kerana sering menyerang Izi padahal Izilah yang bekerja keras selama ini di dalam kebanyakan program dan berusaha melakukan yang terbaik.

Terdapat juga cerita kononnya daripada beberapa orang mengatakan bahawa UPSIKINI sebenarnya seorang yang kecewa kerana tidak dapat memasuki pertandingan pemilihan MPP yang lalu kerana pointer kurang daripada 3.00. Jadi dia menjadikan Izi sebagai kambing hitam padahal Izi tidak bertanding pun...Apalah dosa Izi kepada UPSIKINI sampaikan UPSIKINI sanggup mencari juga kesilapan Izi yang semuanya hanya rekaan dan cerita mengarut semata-mata UPSIKINI.

Jadi UPSI-INSIDER berharap kepada UPSIKINI memohon maaf secara terbuka kepada IZI kerana anda telah memalukan IZI selama ini padahal IZI seorang yang dikenali sebagai seorang yang berkaliber dan bersih daripada penyelewengan. Satu lagi kenapa di dalam setiap artikel anda sering mengagungkan pro-kebajikan sedangkan apa yang mereka dah buat selama ini???Apa sumbangan mereka kepada mahasiswa/i. masa pilihanraya bukan main lagi berapi janji sana janji sini. Bila dah jadi YB, janji tinggal janji. Nasib baiklah ada pro-kualiti menjaga kebajikan mahasiswa. Saya juga dapat merasakan UPSIKINI adalah lidah rasmi pro-kebajikan atau penulis upahan yang kecewa kerana pointer di bawah 3.00.

Sekian......Jumpa lagi
Suara Mahasiswa Suara Keramat.............
Halim Din
Editor Kanan UPSI-INSIDER
"HANGAT,TELUS,SENSASI"

Monday, May 4, 2009

Izi si biawak hidup atau Upsikini sudah nyanyuk????

UPSIKINI oh UPSIKINI suka sangat ko kutuk IZI....

Dalam postnya Upsikini mengatakan Izi sebagai biawak hidup...atau adakah sebenarnya UPSIKINI biawak hidup..ada yang ingin tahu siapa sebenar upsikini..............................................................

Siapakah beliau..sama-samalah kita tunggu...

berikut kenyataan upsikini tentang Izi,

Tanjong Malim, 5 April- Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09 bakal menanggung risiko besar apabila melantik Izi Nasiruddin, mantan Yang Dipertua Kolej Ungku Omar sebagai salah seorang panel yang akan menemuduga pelajar yang memohon untuk menjadi sekretariat Minggu Suai Kenal ambilan Julai sesi 2009/10.

Tindakan ini ibarat menanggung biawak hidup apabila Izi masih belum memberi penjelasan secara telus berkenaan isu perbelanjaan program Hari Terbuka Kolej Ungku Omar (KUO) dilaporkan mengalami defisit sehingga menyebabkan kerugian terpaksa ditanggung pihak pentadbiran kolej. Selain itu, umum mengetahui kejelekan yang terang-terang dilakukan beliau apabila membelakangi JMK KUO yang lain dengan melantik SMU sebagai majlis tertinggi dalam jawatankuasa Program Hari Terbuka lalu.

Rata-rata JMK yang pernah berkerja bersama Izi berasa pelik mengapa MPP memberi ruang kuasa yang sangat besar kepada Izi dalam Pesta Konvokesyen sidang pertama Mac lalu dan kemudian melantik beliau sebagai orang besar dalam sekretariat minggu suai kenal akan datang.

"cukuplah apa yang telah berlaku di KUO. MPP perlu berhati-hati, Izi terlalu licik orangnya. Dia mempunyai kabel besar dengan pihak atasan..." kata seorang JMK KUO.

Menurut jurucakap MPP prokebajikan, beliau telah membawa isu ini kepada pihak atasan MPP. "Saya cuba membawa keresahan yang berlaku diperingkat akar umbi kepada pihak MT MPP terutama Hairie selaku YDP pada mesyuarat yang lalu. Namun beliau tidak menjawab persoalan saya dan menangguhkan mesyuarat dengan alasan hari dah larut malam..."

Salah seorang Exco MPP yang hanya mahu dikenali sebagai Yana pula menyatakan "Pada peringkat awal, saya begitu mengkagumi Hairie . Saya percaya rakan-rakan MPP yang lain juga demikian, amat mengharapkan Hairie akan mendapat kuasa penuh dan menjadi pemimpin tertinggi dalam MPP. Sebenarnya saya tidak ada pilihan lain untuk diangkat menjadi pemimpin, kecuali Hairie kerana Akmal tidak mempunyai pasukan yang kuat dalam MPP walaupun lebih 4,000 mahasiswa memilih beliau. Visi, semangat dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan Hairie, amat sesuai dan serasi dengan saya dan juga rakan-rakan yang lain termasuk lawannya. Keadaan ini menyebabkan saya rasa harapan dan masa depan mahasiswa, tergenggam ditangannya".

"Namun harapan dan mimpi saya itu semakin hari semakin hancur dan lebur. Ianya dikoyak oleh evolusi yang berlaku ke atas diri Hairi, rakan-rakannya juga mengakui hal ini. Perubahan sikap, pandangan dan visi politiknya, menyebabkan kita seperti dikejutkan oleh sesuatu yang mengerikan jika beliau dilepaskan berkuasa dalam keadaan dirinya kini seperti dikuasai oleh orang lain. Ini perlu disemak dan diperbetulkan oleh exco yang lain".


Kepada Izi, kami dari upsi-insider mengharapkan saudara bersabar dan kita berjanji akan membongkarkan siapa dia upsikini...Izi fight for your right..................

PEMILIHAN KELAB ASTRONOMI ( HOT & SENSASI)

Maklumat terbaru yang diterima oleh UPSI-Insider menyatakan bahawa Kelab Astronomi akan mengadakan pemilihan MT mereka semester depan seawal minggu kedua. Pihak kami difahamkan pemilihan tersebut pasti akan menimbulkan satu sensasi dan paling panas akan berlaku perebutan jawatan YDP. Nampaknya akan muncul juga dua pihak di dalam pemilihan kali ini. Menurut wartawan kita Halim Din menyatakan akan berlaku perebutan yang hebat kerana satu golongan akan diketuai oleh YDP dan Timbalan YDP sekarang yang kononnya ingin menaikkan kroni mereka. Satu golongan melawan akan diketuai seorang Exco Kelab ini yang sentiasa inginkan perubahan. Satu pertarungan yang ditunggu-tunggu.

Menurut Rozi ( nama samaran) hal ini agak jelas kerana menjelang AGM kelab ini, beberapa Exco seperti dipinggirkan di dalam struktur jawatankuasa pelaksana AGM bagi mengurangkan kuasa mereka terutama pemilihan. Malah beberapa sumber yang dipercayai mengatakan pemilihan kali ini ditunggu-tunggu kerana akan bakal berlaku perubahan di dalam AGM kali ini.....

Pihak kami akan memberikan liputan dari semasa ke semasa...
Halim Din @ halim_din@yahoo.com

Relevankah Pembuangan Ramai Pelajar UPSI di kolej-kolej................

Dari UPSI Blogger United,

BEBERAPA MINGGU LEPAS SENARAI NAMA PELAJAR MENDUDUKI KOLEJ TELAH DIKELUARKAN OLEH SEMUA PIHAK KOLEJ KEDIAMAN.NAMUN PERKARA MENJADI ISU SEKARANG INI ADALAH DARI SEGI PEMBUANGAN PELAJAR KOLEJ YANG DIRASAKAN TIDAK RELEVEN.upsi bloggers KALI INI MENGAJAK SEMUA MAHASISWA BERFIKIR SEJENAK MENGENAI MASALAH YANG TIMBUL KALI INI.aDAKAH TINDAKAN MENBUANG PELAJAR INI RELEVEN SEKIRANYA MELIBATKAN RAMAI MAHASISWA-MAHASISWA DIBUANG KOLEJ.mENURUT MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI, ADA SESETENGAH KOLEJ KEDIAMAN TELAH MEMBUANG HAMPIR 600 ORANG PELAJAR (kolej za"ba) DAN 300 ORANG PELAJAR (kolej aminuddin baki).RATA-RATA PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ KALI INI ADALAH KERANA PENGLIBATAN MEREKA YANG TIDAK AKTIF DI PERINGKAT KOLEJ MAHUPUN DI PERINGKAT UNIVERSITI.NAMUN APA YANG MENJADI PERSOALAH ADALAH:

1)ADAKAH HAMPIR 600 MAHASISWA INI LANGSUNG TIDAK MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI UNIVERSITI

2)BaGAIMANAKAH PETEMPATAN PELAJAR INI SEKIRANYA MEREKA DIBUANG KOLEJ?

3)ADAKAH PENEMPATAN DI LUAR KOLEJ MENCUKUPI BAGI MAHASISWA/I YANG DIBUANG KOLEJ?

4)aDAKAH PELAJAR-PELAJAR YANG DIBUANG KOLEJ SEMPAT MENCARI KEDIAMAN DI LUAR KOLEJ SEPANJANG MUSIM PEPERIKSAAN?

5)ADAKAH SALURAN LUAR UNTUK PELAJAR MENCARI RUMAH SEWA BAGI MENGELAKKAN PELAJAR DITIPU ATAU DITINDAS?

fiKIr-fiKIRKANLAH....

UPSI-INSIDER kata:
Sudah menjadi tradisi di UPSI kalau student baru masuk mesti ada la kena keluar bagi memberi laluan buat junior.Ini pun nak kecoh. Sepatutnya student kena faham dan yang kena reject ni kerna tak aktif. Kolej suruh aktif dia kata tak pa.Bila kena buang terus melalak.Apa la. Apa-apa pun UPSI-Insider pun yakin memang ada ketelusan apa yang pihak UPSI buat............


Sunday, May 3, 2009

Hangat: Siapa sebenarnya YDP ?????

Wartawan Upsi-insider semua tertarik dengan isu perebutan kuasa yang hangat berlaku di dalam persatuan-persatuan di UPSI. Maklumlah pemilihan MT-MT setiap Persatuan akan berlangsung tidak lama lagi. Ada desas desus beberapa Persatuan sekarang tengah bergolak terutama di peringkat dalaman. Ada sumber kuat mengatakan Persatuan yang sedang bergolak ini merupakan persatuan yang boleh dikatakan antara terbaik di UPSI.

Adalah beberapa puak di dalam persatuan-persatuan telah terbentuk menjelang pemilihan MT-MT baru semester akan datang..
Paling ditunggu-tunggu ialah pemilihan persatuan-persatuan yang sedang hot dikatakan berpecah dua. Misalnya ada satu pihak ini diketuai YDP manakala satu lagi Timbalan YDP.. Di satu Persatuan pula ada yang diketuai golongan konservatif yakni senior dan di satu pihak pula daripada golongan reformasi yakni junior...Sama-samalh bersama kami upsi-insider yang akan mendedahkan berita hangat pergolakan di setiap persatuan..Banyak wei maklumat mengenai hal ini...

DI KOLEJ pula perlantikan YDP, seorang wanita telah mencetuskan pertikaian dan keraguan di antara JMK-JMK di sebuah kolej di sini. Kebanyakan penghuni kolej ini agak terkejut dengan perlantik YDP baru yang dikatakan mereka sebagai satu kejutan terbesar. Malah beberapa orang JMK sendiri bagaikan tidak percaya perlantikan YDP baru ini sebagai satu kesilapan kerana banyak lagi yang layak. Menurut seorang Rakan Exco yang ditemui mengatakan perlantikan YDP baru ini akan memberi impak besar di dalam pengurusan kolej tersebut kerana ia bakal menyebabkan kroni-kroni YDP lama akan dipinggirkan. Menurut Rakan Exco yang hanya ingin dikenali sebagai MR M mengatakan beberapa JMK pasti akan terpaksa mengampu YDP baru kerana kebanyakan JMK-JMK kolej ini dulunya penyokong kuat YDP lama. Namun menurut MR M, YDP lama mempunyai kredebiliti yang kuat walaupun dituduh UPSIKINI mengelapkan duit. Hal ini kerana menurut MR M, YDP lama adalah seorang yang adil,bijak, telus dan jujur. Beliau juga dapat merasakan YDP baru ini seorang yang lembut dan belum teruji dan akan bakal berlaku penentangan di kalangan penyokong YDP yang lama.

Di dalam MPP pula bagaimana??? Isu siapa YDP MPP sudah pun senyap...Terbaru berkaitan isu Minggu Suai Kenal Pelajr Baru yang dikatakan mendapat bantahan kebanyakan mahasiswa terutama kerana perlantikan Izi dan Rashid di dalam MSK. Hal ini dikatakan UPSIKINI kononnya. Tetapi UPSI-INSIDER sendiri berasa tidak salah melantik Izi dan Rashid kerna mereka berdua berpengalaman dan berkrdebiliti di dalam menguruskan MSK ini. Jadi kepada Rashid dan Izi teruskan perjuangan anda.

Pihak UPSI-Insider pasti akan mewar-warkan cerita terbaru mengenai politik di UPSI...sama-samalah tunggu..

Kalau bukan kita siapa, kalau bukan sekarang bila?

UPSIKINI KATA PASAL ISU PENEMPATAN DI KUO

Tanjung Malim, 28 April 2009 - Pihak upsikini menerima email dari salah seorang bekas JMK Kolej Ungku Omar berkenaan isu penempatan siswi diaras 1 blok A semester hadapan. Pentadbiran kolej mendakwa ia adalah berikutan sistem merit yang diamalkan dimana lebih banyak siswi yang aktif di kolej berbanding siswa.

Menurut maklumat yang diterima, semua JMK sesi lalu (tak termasuk Izi) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. JMK lepas telah berdepan dengan pengetua menyatakan pendirian mereka tetapi tidak diendahkan, "ibarat anjing menyalak bukit" itulah keadaanya.

Selain itu, rata-rata mahasiswa yang ditemubual tidak bersetuju dengan tindakan ini. "Kita sangat bimbang perkara tidak elok berlaku di kolej ini, terutamanya diwaktu cuti midsem dan hari raya, felo semua balik kampung". Pihak upsikini turut memaklumkan bahawa hampir semua felo tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Salah seorang exco MPP , ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat perkara ini sebelum sebarang bantahan dibuat. Ditanya adakah benar bahawa siswa tidak aktif di kuo menyebabkan ramai yg dibuang dan dilebihkan siswi, beliau menjawab

"Ini bukan soal aktif atau tidak. Kami akan membantah sekiranya mendapati penempatan ini boleh mengundang risiko yang lebih besar. Jika pihak kolej tetap ingin meneruskan, kita menganggap bahawa pihak kolej telah mengkaji semasak-masaknya, dan jika berlaku apa-apa, kita menuntut agar pentadbiran KUO bertanggungjawab sepenuhnya."


Kata aku UPSI-Insider:
Wahai UPSIKINI,
kenapalah asyik nama Izi je kau bantai..tak ada orang lain ke..
Kalau betul tuduhan anda sila buktikan..
Kalau betullah anda dapat maklumat dari JMK KUO, sila senaraikan nama JMK tersebut...kalau tak orang tak percaya........................

UPSI-INSIDER akan mendedahkan apakah cerita sebenar di KUO....sama ada kata UPSIKINI betul atau tak kita buktikan sama-sama

Friday, May 1, 2009

UPSI-INSIDER VS UPSIKINI

Apa kaitan blog ini dengan UPSIKINI yang dikatakan tengah hot...adakah ia umpama MALAYSIAKINI dengan MALAYSIA INSIDER...mungkin ramai-ramai tertanya...
UPSI-INSIDER merupakan salah satu blog yang akan menganalisis apa yang terjadi di UPSI dengan telus dan tidak memihak kepada sesiapa. Di dalam UPSI INSIDER, kami akan mendedahkan berita-berita hot dan terbaru kepada semua dan bolehlah ia diumpamakan berita terbaru UPSI,,Jadi, warga UPSI sama-samalah kita sokong UPSI-INSIDER...

Perjuangan adalah kata-kata,
Sekali melangkah pantang berundur,...........

Suara Rakyat Suara Keramat

Selamat datang ke blog yang akan menjadi informasi kepada semua bagi mengetahui politik-politik kampus dan perkembangan terbaru mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Oleh itu blog ini diharapkan menjadi wadah kepada suara alternatif informasi di UPSI...

UPSI....

Ibu Kandung Suluh Budiman