Friday, August 21, 2009

Bagaimana nak melayari UPSIKINI

Tjg Malim- Sebagai blogger yang mengamalkan ketelusan di dalam dunia media, Halim Din dan pihak penulis upsi-insider bersetuju untuk menyiarkan komen berkaitan upsikini. Berikut merupakan cara untuk pengguna di kolej kediaman mengakses upsikini:



Berikut merupakan langkah yang boleh diambil untuk melayari UPSIkini sekiranya berada di kampus dan kolej-kolej kediaman.
  1. Buka mana-mana laman web enjin gelintar (search engine) seperti yahoo, google dan sebagainya.
  2. Taipkan upsikini dan klik search
  3. Klik perkataan ‘cached’ pada mana-mana tajuk yang disenaraikan yang mempunyai kaitan dengan upsikini.

Halim Din: Walau berlainan ideologi, tetapi Halim Din tetap menghormati kebebasan bersuara

Thursday, August 13, 2009

AGM PERMAS

Tjg Malim- Tahniah kepada barisan kepimpinan baru PERMAS yang selamat mengadakan AGM tadi. Halim Din difahamkan bahawa pemilihan kali ini lebih hangat kerana beberapa jawatan penting turut dipertandingkan. Difahamkan juga Bendahari MPP, Saudara Asree turut meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam AGM ini.

Namun begitu, kedatangan Asree ini telah menimbulkan keraguan banyak pihak kerana beliau tidak berada di kawasan Konvokesyen. Pada masa yang sama, di kawasan konvokesyen, forum perdana sedang berlangsung. Menurut seorang jurucakap Pro Kualiti mengatakan kedatangan Asree ke AGM PERMAS adalah atas dasar beliau sebagai ahli PERMAS. Jadi tidak ada isu tertentu seperti yang cuba dikaitkan pihak tertentu yang mempersoalkannya.

Selain itu pemilihan kali ini tidak memeranjatkan kerana beberapa calon yang dijangka menang, memenangi kerusi YDP, TYDP dan NYDP. Ketiga-tiga pemenang kerusi ini memang dijangka menang dan beberapa muka baru di dalam kepimpinan baru ini. Sememangnya kemenangan YDP,TYDP dan NYDP ini telah menunjukkan bahawa PERMAS akan menjadi lebih maju dan berjaya kerana ketiga-tiga YDP.TYDP dan NYDP dikatakan mempunyai kekuatan untuk meningkatkan lagi status PERMAS sebagai kelab elit di UPSI. Sekalung tahniah kepada pemenang dan kepada yang kalah jangan berputus asa. Bukan jawatan yang menentukan tetapi apa yang kita beri dan sumbangkan kepada persatuan.

Halim Din: Tunggu mesyuarat agung PPI pula...Upsi-Insider akan menyiarkan maklumat lengkap YDP,TYDP,NYDP serta barisan kepimpinan PERMAS nanti selepas disiarkan secara rasmi di blog PERMAS.

Tuesday, August 11, 2009

Istiadat konvokesyen

Tg Malim , 11 Ogos – Istiadat Pesta Konvokesyen ke 11 Sidang 2 yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak ,Tuanku Bainun. Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini yang dicatatkan secara kronologi mengikut masa.

9.25 pagi :Baginda yang tiba tepat jam menerima tabik hormat Perbarisan Kawad Suku di Pintu Masuk Utama UPSI.

9.30 pagi :Para graduan berarak dari Auditorium Utama ke Dewan SITC.

9.35 pagi : Perarakan masuk akademik yang terdiri dari Pro-Canselor, Naib Canselor , Timbalan-Timbalan Naib Canselor ,Senat- Senat , Dekan –Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, dan wakil graduan. Tetamu jemputan utama juga mula memasuki Dewan.

9.45 pagi: Perarakan utama memasuki Dewan.
9.50 pagi : Perarakan Canselor UPSI memasuki dewan.
9.55 pagi : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

- Bacaan Doa
- Pengisytiharan Istiadat Konvokesyen ke 11 Sesi Pertama Sidang Kedua
- Ucapan Naib Canselor
- Titah Ucapan DYMM Tuanku Canselor
- Pengurniaan Ijazah Kehormat kepada Tun Abdullah Badawi
- Ucapan Penerima Ijazah Kehormat
- Pengurniaan Professor Emeritus
- Pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah
- Pengurniaan Ijazah Sarjana
- Pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan
- Pengumuman Alumni UPSI oleh Naib Canselor
- Pengisytiharan Pengangguhan Sesi Pertama Sidang Kedua Istiadat Konvokesyen Ke 11
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman

12.30 tengahari : Istidat Bersurai
12.40 tengahari :Tuanku Canselor berangkat ke Dewan Sri Tanjung.
1.30 tengahari : Tuanku Canselor berangkat meninggalkan kampus utama UPSI melalui Pintu
Utama UPSI.

Sementara itu , seramai 2883 graduan bakal menerima ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang masing-masing bermula dari pagi ini . Berikut adalah pecahan graduan mengikut fakulti dan bidang masing-masing.

Fakulti Sains dan Teknologi ( FST)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains – 786 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik - 352 orang

Fakulti Bahasa (FB)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL - 89 0rang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu - 219 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusateraan Bahasa Melayu - 94 orang

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan - 42 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan - 48 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi - 44 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Pendidikan - 36 orang

Fakulti Sains Sukan (FSS)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan -216 orang

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( FTMK)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat - 42 orang

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia(FSKPM)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah - 135 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas - 42 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling - 224 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak - 67 orang

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi - 28 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah - 79 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral - 137 orang

Fakulti Seni dan Muzik (FSM)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni - 184 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik - 19 orang

Anugerah Anumerta - Allahyarhammah Rosmarinda Bt Mat Yusoff (Pendidikan Khas)
Seorang lagi graduan tidak sempat untuk menerima ijazahnya kerana telah dijemput untuk mengadap Ilahi kerana menghidap penyakit jangkitan kronik paru-paru. Keluarga Allahyarhammah bagaimanapun turut hadir pada Sidang ke-4 yang dijadualkan pada 12 Ogos 2009 (Rabu) jam 2 petang.

YDP MPP UPSI , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah mengucapkan jutaan tahniah dan semoga berjaya menempuh alam pekerjaan guru yang semakin mencabar dengan tekad yang ikhlas untuk membangunkan anak-anak bangsa demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Sunday, August 9, 2009

Perasmian Pesta Konvokesyen

Assalamualaikum.

Perhatian kepada semua mahasiswa/wi UPSI, 10 Ogos 2009 akan diadakan Perasmian pesta Konvokesyen ke 12 sidang 2. Berikut adalah maklumat berkaitan:

Masa : 8 malam (10 Ogos 2009)
Tempat : Pentas utama (Padang UPSI)
Perasmi : Yg Bhg Prof Dato Dr Aminah Binti Ayob, Naib Canselor
UPSI
Pakaian : Batik & mana-mana pakaian yang sopan & bermaruah
Persembahan : Persembahan dari Jaclyn Victor, Malaysia Idol &
Kumpulan Tarian BAKSAR, UPSI

Semua warga UPSI dijemput bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut. Ingat! JAGA TINGKAHLAKU ANDA, INI KERANA ANDA GURU, TINGKAHLAKU ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!!!

Harap Maklum!

Wassalam...

H1N1





Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



langkah2 kawalan
1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia


Halim Din: Semoga semua selamat terutama masa pesta Konvo

Tuesday, August 4, 2009

SEMUA MAHASISWA..INILAH HASIL KONVOKESYEN MPP DI UTHM YANG LALU

KONVENSYEN KEBANGSAAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

19 MEI 2009


PERKARA : RESOLUSI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA SEMPENA KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP IPTA 2009


Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPT sebulat suara bersetuju dan bersepakat menggesa resolusi-resolusi ini untuk dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak kami menggesa supaya :

1. Mewujudkan dan menyelaraskan subjek pendidikan agama dan pendidikan bersepadu sebagai subjek wajib universiti di setiap universiti tanpa berorientasikan peperiksaan.

2. Mewujudkan dan memperkasa garis panduan program kesenian dan kebudayaan di setiap IPT di Malaysia.

3. Melaksanakan pendidikan agama untuk dikuatkuasakan secara berterusan di IPT seluruh negara TANPA berorientasikan peperiksaan.

4. Menubuhkan satu jawatankuasa pengambilan pensyarah dan pelajar antarabangsa dengan mengetatkan syarat seperti memperkenalkan ”entrance exam”

5. Mengembalikan elaun Latihan Industri (LI) kepada pelajar yang sedang menjalankan latihan

6. Mempertingkatkan usaha penterjemahan karya-karya akademik bahasa asing kepada Bahasa Malaysia.

7. Menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) bagi menggantikan peralatan-peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lama kepada peralatan dengan teknologi terkini bersesuaian dengan industri semasa.

8. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk mewujudkan sekretariat di peringkat KPT untuk memantau dan mengawal selia segala perbincangan atau resolusi yang dicapai dalam perbincangan di peringkat universiti atau kebangsaan lantas membangunkan satu sistem “Pusat Informasi MPP” bagi membolehkan maklumat tentang tindakan yang diambil berkaitan dengan resolusi mudah dicapai dan mempunyai kesinambungan dari satu kepimpinan ke satu kepimpinan.

9. Mencadangkan kepada pihak KPT untuk memperkasakan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AkePT) agar dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkaliber lantas memperkasakan “Persatuan Alumni MPP se Malaysia” bagi membolehkan persatuan ini membantu dalam menjana kepimpinan mahasiswa.

10. Mencadangkan agar pihak KPT dapat menggesa dan menyarankan kepada semua pentadbiran universiti menyediakan bantuan komputer riba bagi digunakan oleh Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar untuk memudahkan segala urusan dan juga kesinambungan ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun bagi membolehkan maklumat itu jelas dari semasa ke semasa. (Filing maya)

11. Mencadangkan kepada pihak KPT agar dapat memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa IPTS untuk terlibat secara langsung dalam program-program kepimpinan dan latihan sebagai mana yang diterima oleh mahasiswa IPTA.

12. Memperdalam pemahaman mahasiswa terhadap budaya pelbagai kaum dalam pentas yang lebih formal.

13. Semua ahli politik supaya TIDAK mengekploitasi dan mempergunakan mahasiswa demi kepentingan politik masing-masing dan menggesa semua mahasiswa supaya tidak terlibat dalam kepentingan parti politik.

14. Mengiktiraf pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah pergerakan yang bebas dan berkecuali.

15. Mempercepatkan proses meningkatkan pemahaman pelajar mengenai AUKU melalui pengajaran dan pembelajaran secara ilmiah dan sistematik.

16. Menggesa media supaya lebih berintegriti dalam memainkan peranan sebagai medium penyampaian maklumat dan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan suara.

17. Mewujudkan satu dana khas bagi semua jemaah YDP dan Presiden MPP seluruh IPT di Malaysia untuk bersidang mengikut keperluan.

18. Menyelaras dan memberi pendedahan secara lebih komprehensif kursus asas keusahawanan dan latihan praktikal kepada seluruh IPT di Malaysia.

19. Menubuhkan sebuah Student Business Centre (SBC) yang bekerjasama dengan firma luar (IKS). SBC ini bertujuan untuk :

1. Memantau dan menasihati aktiviti keusahawanan mahasiswa.
2. Menyediakan garis panduan yang selaras untuk aktiviti keusahawanan mahasiswa.
3. Menyediakan peruntukan modal dan 40% daripada keuntungan yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung amanah kebajikan mahasiswa.
4. Memastikan perniagaan mahasiswa didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
5. Menyediakan lebih banyak program berbentuk keusahawanan.

20. Menyediakan tabung keusahawanan di bawah kendalian SBC di setiap IPT di Malaysia.

21. Menyarankan pihak pengurusan dan pentadbiran setiap IPT membuka tender yang strategik sebanyak 70% kepada pelajar dan 30% kepada orang luar.


Sekian.


Yang benar,



.....................................................

(MOHD SYAMSUL BIN SALLEH)

Pengerusi

Jemaah YDP dan Presiden MPP IPT SeMalaysia.


KEPADA MPP..Tunaikanlah janji anda sebelum anda akan DI UNDI KELUAR TERUTAMA MPP YANG BERMINAT NAK BERTANDING LAGI...

Saturday, August 1, 2009

MPP Hilang masa kes H1N!

Tjg Malim- Di dalam kesibukan semua orang semasa kes H1N1, Halim Din sempat mendapat email daripada beberapa orang pelajar yang mengatakan terdapat beberapa orang MPP nampak tidak sibuk. Malah ada yang melarikan diri. Sesuatu yang menduka citakan apabila Halim Din mendapat email daripada beberapa orang yang mengatakan MPP yang melarikan diri ini seorang yang berani bercakap di depan orangnya sahaja tapi kalau di luar macam pondan.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, MPP yang melarikan diri ini dikatakan suka berfoya-foya dan suka sangat keluar serta susah hendak melihat pendiriannya. Ismail Abdul, pelajar semester 5 mengatakan MPP tersebut seorang yang pandai berpura-pura dan sering mengamalkan kronisme. Malah menurut seorang lagi pengirim email yang dikenali sebagai Rashid Manan mengatakan selepas beberapa hari kejadian kuarantin H1N1, MPP yang melarikan diri ini dilihat berfoya di luar dan berseronok sedangkan banyak yang sakit pada masa tersebut.

Halim Din pun tidak faham sangat dengan perangai MPP yang tidak mempunyai pendirian ini. Malah MPP ini turut dikatakan kaki perempuan dan buaya darat. Sesuatu yang menghairankan bagaimanakah "Kumang Menyarung" ini boleh terpilih sedangkan sikap dan kepimpinannya sangat lemah. Bagi Halim Din sendiri, ia merupakan kerugian kepada semua kerana sikap sambil lewa MPP ini. Nasib baik lah menurut seorang pelajar yang dikenali sebagai Fatin Ahmad semasa kes kuarantin ini, MPP seperti Adriyani, Zulhelmi, Armadi, dan lain-lain sanggup turun padang sedangkan MPP yang seorang ini hilang entah ke mana.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bahawa siapakah MPP yang dimaksudkan oleh Halim Din. Dia sekarang sedang mengikuti pengajian dalam semester 7 dan pemilihannya juga sering dipertikaikan kerana kroni nya yang banyak. Seperti kata orang, siapa makan cili dia yang rasa pedas..

Halim Din: Kroni banyak tak guna kalau kerja tak buat dan lepas itu berfoya dengan orang lain di waktu orang lain susah....kesian UPSI dapat MPP sedemikian. Tapi dia ni seperti kumang menyarung. Baik di luar tapi di dalam entah macam mana....