Tuesday, May 5, 2009

Kalaulah Izi bertanding MPP dahulu...pasti MPP lagi kuat

Betulkan kalau saya dapat katakan bahawa andai Izi bertanding di dalam pemilihan MPP dahulu pasti MPP kita kuat. Ini disebabkan selain berkedbeliti, Izi diketahui umum sebagai seorang yang bertanggungjawab, telus dan bijak. Saya sendiri tidak nampak kalau saudara Izi bertanding beliau akan kalah kerana kebanyakan mahasiswa mahupun mahasiswi semua inginkan beliau bertanding. Namun begitu atas sebab profresional kerana masih memegang amanah sebaagi YDP KUO beliau menolak percalonan MPP kerana beliau merasakan amanah yang dipegang adalah tanggungjawab yang besar. KUO sememangnya bertuah mendapat YDP seperti beliau kerana di dalam menguruskan KUO saudara Izi dikenali sebagai sebagai seorang yang tidak menyukai kronisme dan beliau memang dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah.

Apabila tuduhan penyelewengan yang dilemparkan oleh upsikini,saya merasakan ini salah satu fitnah yang tidak berasas. Di dalam situasi ini, Izi nyatalah seorang yang beribawa dan profresional kerana tidak melenting. Beliau nyata tidak membalas kritikan daripada upsikini tetapi beliau meneruskan tanggungjawab beliau sebagai YDP KUO dengan rasa tanggugjawab. Inilah seorang pemimpin yang dicari-cari oleh negara pada masa sekarang.

Penyertaan Izi didalam Seketeriat Minggu Suai Kenal sebenarnya dialu-alukan oleh warga UPSI kecuali UPSIKINI sahaja. Rata-rata mahasiswa mahupun mahasiswi yang ditemui mengatakan MSK ( Minggu Suai Kenal) sinonim dengan Izi. Tambahan pula pengalaman beliau memang diperlukan semasa MSK ini. Jika terdapat anugerah pelajar berkeliber sudah pastinya jatuh ke tangan Izi. Saya sendiri hairan dengan UPSIKINI kerana sering menyerang Izi padahal Izilah yang bekerja keras selama ini di dalam kebanyakan program dan berusaha melakukan yang terbaik.

Terdapat juga cerita kononnya daripada beberapa orang mengatakan bahawa UPSIKINI sebenarnya seorang yang kecewa kerana tidak dapat memasuki pertandingan pemilihan MPP yang lalu kerana pointer kurang daripada 3.00. Jadi dia menjadikan Izi sebagai kambing hitam padahal Izi tidak bertanding pun...Apalah dosa Izi kepada UPSIKINI sampaikan UPSIKINI sanggup mencari juga kesilapan Izi yang semuanya hanya rekaan dan cerita mengarut semata-mata UPSIKINI.

Jadi UPSI-INSIDER berharap kepada UPSIKINI memohon maaf secara terbuka kepada IZI kerana anda telah memalukan IZI selama ini padahal IZI seorang yang dikenali sebagai seorang yang berkaliber dan bersih daripada penyelewengan. Satu lagi kenapa di dalam setiap artikel anda sering mengagungkan pro-kebajikan sedangkan apa yang mereka dah buat selama ini???Apa sumbangan mereka kepada mahasiswa/i. masa pilihanraya bukan main lagi berapi janji sana janji sini. Bila dah jadi YB, janji tinggal janji. Nasib baiklah ada pro-kualiti menjaga kebajikan mahasiswa. Saya juga dapat merasakan UPSIKINI adalah lidah rasmi pro-kebajikan atau penulis upahan yang kecewa kerana pointer di bawah 3.00.

Sekian......Jumpa lagi
Suara Mahasiswa Suara Keramat.............
Halim Din
Editor Kanan UPSI-INSIDER
"HANGAT,TELUS,SENSASI"

1 comment:

  1. Surat Terbuka Untuk upsi-insider.blogspot.com

    Assalammualaikum w.t.b dan salam takzim

    Pertama2nya lafaz syukur kpd Allah s.w.t krn dgn izinNya dptlah kita smua mnikmati nikmat hidup di atas muka bumiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga dan sahabat handai baginda.

    Terima kasih kpd blog upsi-insider atas maklumat2 yg dketengahkan. Sememangnya kita sedari bahawa kewujudan blog2 dapat mnambahkan ilmu d samping tidak dinafikan bahawa kewujudannya boleh mendatangkan kesan yang mendalam kepada pangguna. Penulisan sesuatu artikel yang baik dalam ssuatu blog dpt dimanfaatkan dgn baik oleh masyarakat. Begitu juga sebaliknya. Justeru, dalam menuju liberalisasi dunia yang berteraskan kepada kepesatan dunia teknologi maklumat, diharapkan penggunaan teknologi yang ada tidak dilasah gunakan.

    Kepada upsi-insider, berbanyak2 terima kasih atas artikel berkenaan diri sy. Namun begitu, sy bukanlah mengharapkan simpati atau populariti ke atas apa yg terjadi pada diri sy. Sbagai umat islam, sy percaya kpd Qada' dan Qadar Allah. Walaupun slama ini sy diam atas tuduhan yg dilemparkan kpd sy, sy berharap mohon petunjuk dr NYA agar andai benar apa yg dilemparkan kpd sy, sy mohon penulis blog tersebut tampil berjumpa dgn sy dn tunjukkan bukti atas tduhan yang dilemparkan. Sy dengan rendah diri menerima seandainya perkara tersebut adalah benar.

    Sepengetahuan sy, penulis blog yang melemparkan fitnah ke atas diri sy menggunakan nama islam sbg perjuangan. Harus diingat bahawa agama bukan medan untuk dipermain2kan dn jgn kerana hasil drp perbuatan dan tingkah laku menfitnah, bdan binasa di akhirat kelak.

    Kepada blog upsi-insider, sy menggalaskan harapan yg besar kpd blog ini spaya mengetengahkan isu-isu semasa yg berteraskan akademik agar dapat dimanfaatkan bersama. Bialah artikel2 yg diketengahkan akhirnya nnt ke arah memupuk mahasiswa yg bertamadun dan mempunyai nilai murni ke arah memartabatkan bangsa yg unggul pd masa akan dtg.

    Kita merupakan bakal guru yg menjadi tunggak kepada kejayaan anak2 bangsa kita kelak. Jd gunalah ruang dan peluang yg ada di depan mata sbaik2nya.

    Akhirul kalam, smoga usaha murni upsi-insider dpt kerahmatan dan keberkatan dr NYA andai niat baik utk menjaga kepentingan bersama. Uhibbuhum fillah abadan abada.

    Memartabatkan Bangsa Kepersada Antarabangsa

    Sekian.

    Yang benar;


    (Izi Nasuriddin bin Nasbi)
    Pelajar, UPSI

    ReplyDelete