Monday, February 28, 2011

Datuk Seri Khaled Nordin adalah Menteri di KPT..Daripada Kenyataan GAMIS

Gabungan Mahasiswa islam Se-Malaysia (GAMIS) telah mengeluarkan kenyataan supaya Timb.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilantik menjadi Menteri penuh mengganti Datuk Seri Khaled Nordin. Kenyataan itu dikeluarkan ekoran kegagalan Khaled dalam menangani masalah Pilihanraya Kampus(PRK) di beberapa IPTA dalam negara pada hari ini dan esok.

Kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab melalui Media elektronik "Malaysiakini" pada hari semalam.Kenyataan itu,dibuat atas beberapa faktor yang tidak memihak kepada pasukan "PRO -M" dibeberapa universiti awam di Malaysia.Penilaian yang dilakukan oleh wakil Gamis ini hanya dilihat dari faktor Pilihanraya Kampus dan bukannya dari pelbagai sudut.

Kematangan seseorang mahasiswa perlulah ditejermah dari pelbagai sudut kerana sebagai golongan intelektual mereka tidak terikat dengan satu-satu perkara. Ahmad syukri gagal untuk melihat beberapa faktor seperti pendidikan ,kebajikan, kemudahan dan beberapa aspek yang berkaitan mahasiswa kerana terlalu taksub menilai seseorang dari segi politik.

Sebenarnya Ahmad Syukri juga harus sedar bahawa seseorang mahasiswa yang berada di universiti mempunyai tujuan utama iaitu menuntut ilmu.Pendedahan yang dilakukan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) adalah untuk menyedarkan mahasiswa tentang cabaran yang bakal dihadapi apabila keluar dari universiti kelak.

Sekiranya kita melihat situasi yang berlaku di universiti-universiti di Malaysia pada masa ini memang wajarlah Menteri KPT memberi teguran kepada Mahasiswa dan ini tidak boleh menyebabkan mereka prejudis untuk meletakkan Datuk seri Khaled ":tidak bersikap terbuka".Ahmad Syukri sendiri harus lebih bersikap terbuka kerana sebagai Mahasiswa mereka mewakili keseluruhan Mahasiswa dan bukannya membawa ideolgi sesuatu kumpulan ataupun parti.

Dan amatlah tidak wajar sekiranya Ahmad Syukri tidak dapat menerima teguran tersebut kerana dalam memperjuangkan keterbukaan terhadap mahasiswa bukanlah menjadikan mereka kebal untuk ditegur.Menteri KPT mempunyai sebab tersendiri dan semua pihak harus bersama mengangkat martabat sistem pendidikan di Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Wednesday, February 16, 2011

Kenyataan Rasmi Saudara Adam Adli LMP..( bakal calon MPP UPSI)





okay..ini statement saya hari ini. saya telah bertemu dgn pegawai HEP yang bertanggungjawab terhadap kes saya jam 10 pagi td..ternyata, saya telah dianiaya oleh Pondan Bitara yang dengan sengaja mempergunakan pengaruh mereka untuk menganiaya saya. maka terletaklah bahan2 bukti didepan mata..yang jelas dan nyata, adalah kerja budak2 ni...bodoh!! mana ade org luar yang boleh akses MyUPSI..bangang!! nak halang saya bertanding ye?? kah kah kah..

terima kasih kepada pegawai HEP yg handle kes saya td atas sikap adil dengan memberi peluang secukupnya bagi saya membela diri.

kemudian, petang tadi, dengan gugup dan takut, Razik kata tak tahu menahu tentang kes ini bila disoal oleh saya petang tadi...kah kah kah..apsal korg nih?? takkan semua dah jangkit sindrom kecut??

hari ini..kita lihat di depan mata..betapa zalimnya pondan Bitara yang bertopengkan penjilat punggung universiti.. kalau anda selama ini persoalkan mana relevannya kami memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman..mana ada semua tuh di UPSI..mana pernah berlaku ketidakadilan...nah!!! hari ini, sejarah sudah tercipta..anda nilai sendiri apa yang kami juangkan..hari ini, saya menjadi mangsa pencacai Pondan Bitara...esok?? mungkin anda........buka mata anda!! fahami real politik!! mereka adalah hegemoni..mereka adalah golongan atasan elit yg menindas golongan mahasiswa marhaen!! anda masih mahu percaya kepada anak2 didik HEP yang dilatih untuk mempertahankan setiap kekhilafan Universiti???

ingat apa mereka lakukan ketika kes PTPTN..disaat kami bermandi keringat berpanas bawah matahari memperjuangkan suara anda, mahasiswa universiti pendidikan sultan idris..di mana mereka?? di bilik berhawa dingin, mengutuk kebangkitan suara anda...anda masih mahu percaya orang2 ini?? apabila isu PTPTN telah diselesaikan..secepat kilat, datang surat dari Kementerian mengatakan Razik lah yang memperjuangkan hak anda...tahik!!!!!!! anda masih mahu percaya??

kepada jentera2 Bitara..fikir balik..setiap hari anda berhempas pulas menggantung poster, banner, dl...apa yang anda dapat???? mereka hanya cari anda bila diperlukan..sebab bagi mereka, anda adalah BUDAK SURUHAN!!

kami hari ini...ISYTIHAR PERANG!!!! tapi, kepada calon2 Bitara..anda jangan lah risau..kami tak perlu tindas, aniaya, dan pijak orang lain...kami tidak sehina mereka2 yang telah mengkhianati saya...

undilah dengan bijak..nantikan kemunculan kami...kami anak muda!!! kami mahasiswa!!! kami wujud,kerana anda!! kami berkorban masa depan demi memperjuangkan kesusahan anda...masih lagi tak mahu buka mata!!

JADILAH MAHASISWA YANG PEDULI!!

Tuesday, February 15, 2011

Pilihanraya Kampus

Tg Malim , 15 Febuari 2011 - Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 yang diketuai oleh Saudara Mohd Razik B. Khalid secara rasminya telah dibubarkan semalam. Dengan pembubaran ini bermakna satu pilihanraya kampus akan diadakan pada pada 21 Febuari ini.

Berikutan dengan itu , borang-borang pencalonan pilihanraya kampus (PRK ) sesi 2011/2012 telah mula di jual semalam di Bilik Mesyuarat Utama , Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA ) UPSI bermula jam 08.30 pagi sehingga 04.30 petang. Penjualan borang - borang ini akan disambung semula pada hari Rabu , 16 Febuari 2011 kerana hari ini adalah Maulidur Rasul.

Justeru itu, pilihanraya kampus kali ini pasti akan lebih menarik memandangkan pertembungan lebih ramai calon. Apa yang pasti mengejutkan ialah penguguran syarat pertandingan yang lepas iaitu bakal calon tidak perlu mengikuti kem untuk bertanding sebagai calon MPP kali ini. Kami di pihak UPSI-Insider menganggap ia sebagai satu amalan demokrasi dan sihat.

Pihak UPSI-Insider turut mendapat maklumat mengenai bakal-bakal calon MPP kali ini yang dijangka menyaksikan hampir semua kerusi dijangka dipertandingkan. Pihak Pimpinan Bitara turut dikatakan tidak mempunyai calon yang bersedia untuk pemilihan MPP kali ini dan Mahasiswa Pendidik dikatakan ingin meletakkan calon di Setiap Fakulti dan Calon Umum.

UPSI-Insider akan cuba untuk mendedahkan dari semasa ke semasa mengenai calon dan PRK kali ini.