Wednesday, July 29, 2009

Kenyataan Sah Cuti Mid Term dan Pembatalan Kuliah....H1N1

MAKLUMAN MENGENAI PEMBATALAN KULIAH DAN PERUBAHAN TARIKH CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


PERHATIAN
PENGUMUMAN PENTING!!!

MAKLUMAN MENGENAI PEMBATALAN KULIAH DAN PERUBAHAN TARIKH CUTI PERTENGAHAN SEMESTER.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Mulai pada 29 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009 semua kuliah dibatalkan. Kuliah-kuliah yang dibatalkan tersebut perlu diganti semula dan pensyarah yang terlibat perlu mengatur kuliah ganti tersebut dengan pelajar.

  2. Cuti Pertengahan Semester yang sepatutnya bermula 15 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009 telah dipinda dan
    diawalkan iaitu bermula 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009. Kuliah akan dijalankan seperti biasa mulai 10 Ogos 2009.
Tarikh Notis : 29 JULAI 2009
Dikeluarkan Oleh : PEJABAT PENDAFTAR


BAHAGIAN AKADEMIK


(UNIT PENDAFTARAN)
Telefon : 05-4506923 / 6612
Email : redzuan@upsi.edu.my


mohaieda@upsi.edu.my

Kenyataan Utusan Malaysia mengenai H1N1 di UPSI

IPOH 29 Julai- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim diarah tutup buat sementara waktu selepas enam pelajar disahkan positif influenza A (H1N1) dan 20 pelajar lagi disyaki mendapat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan kepada Utusan Malaysia oleh seorang kakitangan universiti berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon ketika dihubungi mengesahkan UPSI akan diarah tutup.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih menunggu maklumat daripada Jabatan Kesihatan negeri.


Klik sini untuk berita seterusnya

Tuesday, July 28, 2009

Mahasiswa dan Mahasiswi sudah boleh balik kampung

Tanjung Malim- Menurut sumber yang dipercayai mahasiswa dan mahasiswi UPSI sudah boleh balik ke kampung halaman masing-masing. Difahamkan di Kolej KUO, mahasiswa dan mahasiswi dibenarkan balik ke kampung masing-masing. Namun begitu, kita berharap pengumuman rasmi daripada Dato NC ataupihak universiti secara rasmi supaya semua pelajar terutama UKLK mengetahui status mereka.

Terbaru: cuti Midterm minggu Depan dan Cuti Khas

Canselori UPSI - Hampir sah bahawa minggu depan akan ada cuti pertengahan tahun atau Midterm minggu depan. Sementara itu untuk baki beberapa hari ini akan diambil sebagai cuti khas. Namun begitu pengesahan bahawa mminggu depan ada midterm hanya akan disahkan oleh Dato' Naib Canselor atau TNC Akademik & Antarabangsa esok atau seawal awalnya petang ini.

Hal ini dikatakan sangat penting kerana ramai pelajar yang bertanyakan hal sebegini, bila agaknya cuti pertengahan semester? Saya berharap semua pelajar bertenang dan mematuhi perintah berkurung.

Halim Din sempat juga menghubungi Exco Kanan MPP, Saudara Akmal yang meminta semua pelajar tidak kira Islam atau tidak untuk sama-sama berdoa untuk keselamatan pelajar dan diminta dijauhi penyakit selesema babi ini. Seorang lagi Exco yang sempat dihubungi oleh Halim Din menyatakan pihaknya akan sedaya upaya membantu pelajar-pelajar terutama di UKLK sekiranya ada masalah atau yang mengalami simpton H1N1.

Halim Din: Sedang berada di Pusat Kesihatan UPSi

H1N1 Terbaru

Tjg Malim- Menurut sumber dalaman Bahagian Koperat dan Antarabangsa UPSI, kemungkinan besar akan diisytiharkan cuti selama seminggu di UPSI namun akan diganti dengan cuti pertengahan penggal. Maksudnya tidak akan ada cuti pertengahan penggal. Namun begitu kenyataan rasminya hanya akan dibuat oleh Dato Naib canselor atau TNC keesokan hari atau seawal-awalnya lewat petang ini.

Semua Pelajar UPSI boleh melihat perkembangan isu ini dari semasa ke semasa di upsi-insider atau blog www.upsikini.blogspot.com. Walaupun berlainan pendapat, atas dasar kemanusian dan tanggungjawab bersama, wartawan Halim Din dan Mr Teller sekarang sedang berada di sekitar kampus terutama di bangunan Canselori. Justeru itu input yang terbaru akan menyusul kepada anda secepat mungkin.

Selain itu, Halim Din sempat menghubungi MPP Kebajikan UPSI iaitu saudara Zulhelmi bertanyakan isu ini dan beliau menyatakan pihak MPP sekarang sedaya upaya membantu pelajar yang memerlukan. justeru itu menurutnya lagi sesiapa pelajar UPSI terutama yang tinggal di UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS yang mengalami simpton H1N1 diminta menghubungi MPP dengan seberapa segera. Pihak MPP akan terus membantu dan menghantar ke klinik kesihatan UPSI atau Hospital Tjg Malim.

Menurutnya lagi pihak MPP lebih risau kepada pelajar yang tinggal di UKLK kerana susah nak pastikan mereka dikuarantinkan berbanding pelajar yang tinggal di kolej. justeru itu Zulhelmi meminta semua pelajar UKLK memberi kerjasama sepenuhnya arahan kuarantin ini dan menghubungi terus MPP atau Pihak UPSI kalau terdapat simpton ini.

Halim Din: Sedang berada di Pejabat Bahagian Koperat dan Antarabangsa... Mr Teller pula di HEPA

Kuarantin Seminggu

UPSI- Halim Din baru sahaja mendapat berita terbaru bahawa kuarantin di setiap kolej akan memakan masa sebanyak seminggu. Jadi kepada pelajar di kolej anda diminta bersabar. Berita terbaru ini dikatakan disebarkan di beberapa kolej kediaman UPSI. Jadi harap sabar lah semua. Inilah ujian yang perlu ditempuhi kita semua...

Pelajar UPSI kena kuarantin 3 hari

Tjg Malim- Akhirnya setelah menunggu lama, Dato' NC ( Naib Canselor) mengumumkan kuarantin di UPSI terhadapa semua unit kediaman termasuk UKLK. Beliau turut meminta semua mahasiswa-mahasiswi UPSI bertenang dan jangan panik.

Menurutnya semasa ditemui wartawan kita pagi tadi, beliau meminta semua pelajar mengikuti semua garis panduan yang diberikan pihak pengurusan koleh dan pejabat kesihatan. Menurutnya lagi,pihak universiti akan sedaya upaya membantu pelajar dan pastinya menjaga kebajikan pelajar UPSI. Beliau juga meminta semua pelajar agar memperbanyakkan doa.

Halim Din turut berkesempatan bertemu dengan YDP MPP UPSI, Saudara Hairie berkaitan dengan perintah kuarantin ini. Menurut beliau, diharapkan semua mahasiswa/i bersabar dan jangan panik. Pihak MPP akan mencuba sedaya upaya untuk membantu di dalam menangani masalah ini.

Halim DIn: mana dia Upsikini...takda pun siarkan pasal kes ini. Yang dia tahu politik politik je

AGM oh AGM....

Tjg Malim - Setelah beberapa persatuan selesai mengadakan pertandingan AGM masing masing termasuk Persatuan Mahasiswa Sains yang menjadi kubu kuat pro KEBAJIKAN, menyusul pula beberapa persatuan akan membuat AGM masing-masing. Paling dinantikan ialah AGM Persatuan Mahasiswa Sejarah atau dikenali sebagai PERMAS dan Persatuan Pendidikan Islam pada minggu ini dan depan.

Setelah menyaksikan tumbangnya Pro Aspirasi di tangan pro Kebajikan di dalam pemilihan Persatuan Mahasiswa Sains, giliran PERMAS dan PPI pula menjadi tumpuan pertembungan pro Aspirasi dan Pro Kebajikan pula. Menurut Ketua Penerangan Pro Aspirasi, pro Aspirasi akan menurunkan semua panglimanya di dalam pertandingan dua persatuan ini memandangkan kekalahan di PMS memalukan pro Aspirasi atau nama mesranya pro Kualiti.

Menurut seorang lagi Majlis Tertinggi Aspirasi mereka juga akan cuba mengekalkan penguasaan mereka di Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti ( SMU) yang turut menjadi tempat pertembungan dua ideologi ini. Kelab SMU ini sememangnya menjadi perebutan paling hangat untuk dua ideologi ini. Pro Aspirasi @ Kualiti semestinya mahu mengekalkan tradisi dan keseinambungan penguasaan mereka di dalam kelab yang paling berpengaruh di UPSI. Bagi Pro Kebajikan mereka melihat dengan menguasai SMU, maka mereka telah menguasai salah satu badan terpenting UPSI dan penting di dalam strategi politik mereka.

Sebagai ahli SMU juga, Halim Din mengharapkan agar semua ahli SMU dapat memilih barisan kepimpinan yang mantap dan dinamik. Halim Din turut lebih suka kalau yang menang dari ideologi yang berpegang teguh dengan aspirasi universiti kerana ia sesuai dengan matlamat dan tujuan penubuhan SMU.

Kepada semua calon, selamat bertanding...

Dari Saya,
Halim Din......

Sunday, July 26, 2009

Mahasiswa Dan Suara Perubahan

Mahasiswa dikatakan sebagai suara ummah ataupun juga seringkali dilabelkan sebagai agen perubahan. Ramai dikalangan kita yang sering meremehkan perjuangan mahasiswa tetapi secara peribadi saya berpandangan suara mahasiswa dan perjuangan mereka adalah satu perjuangan yang 'valid' dan memperjuangkan idealisme serta apa yang mereka percaya walaupun kadangkala agak dangkal tetapi suara yang diperjuangkan ini wajar diambil kisah sama seperti bagaimana kerajaan mengambil berat suara NGO2 mahupun suara Pemuda UMNO mahupun parti politik lain.

Baru2 ini kita lihat apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM). Isu contengan 'bini puaka' yang ditujukan kepada wanita pertama negara cukup mengejutkan negara. Benarkah ini yang mereka percaya? Beginikah tahap ataupun kualiti mahasiswa sekarang? Saya melihat aspek penguasaan emosi melebihi daya intelek mahasiswa dan keadaan ini amat merbahaya. Sesuatu yang tidak kena dengan produk universiti masa kini!

Saya berpandangan mahasiswa kini telah dikongkong pemikiran mereka hingga mereka akhirnya tidak mampu menghasilkan hujah sendiri yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi yang mampu memberikan impak kepada massa. Kongkongan tersebut termasuklah mereka terlalu dibebankan dengan hafalan atau pencarian fakta yang melebihi keperluan pasaran pekerjaan hingga mengurangkan masa mereka untuk membaca atau mengkaji bahan - bahan ilmiah lain di luar 'circle' mereka yang mampu bentuk daya fikir yang lebih baik.

Selain itu pihak berwajib terhadap pendidikan serta sistem pendidikan negara kita juga banyak melatih mahasiswa menjadi seolah-olah seperti terpaksa menerima saja apa yang diberi tanpa soal. Sedangkan sistem pendidikan sepatutnya melatih kita untuk membentuk satu teori atau pandangan baru yang bersifat lebih kreatif dan innovatif demi meningkatkan produktiviti negara.

Oleh itu, dalam konteks di atas, sebagai mahasiswa yang cerdik, mereka tidak boleh melakukan tindakan atau perilaku yang menduplikasi pembangkang secara membuta tuli tanpa memikirkan dulu kualiti hujah mereka atau kualiti demontrasi yang ingin dibuat. Satu fakta atau counter attack yang bernilai ilmiah amat diperlukan bagi menaikkan kualiti pandangan masyarakat terhadap mahasiswa.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, satu kajian menyeluruh terhadap kaedah pembelajaran terutama di Universiti harus dilakukan segera untuk mengelakkan turunnya kualiti mahasiswa dari segi gaya fikir terhadap sesuatu perkara. Sekiranya ini tidak dilakukan, maka martabat mahasiswa akan jatuh dan menjadi rendah.

Halim Din

Thursday, July 23, 2009

PTPTN semester 2 dan 3 nak masuk

Tanjung Malim- Sudah sahlah PTPTN akan masuk pada 31/07/09 berdasarkan kenyataan daripada laman web PTPTN. Kepada semester 3 dan 2, anda diminta bersabar buat beberapa hari sahaja lagi. Untuk maklumat lanjut sila klik laman web PTPTN

Monday, July 20, 2009

Antara Dua Darjat..Persatuan/Kelab vs MPP/JMK Kolej

Tjg Malim- Sesuatu telah menarik perhatian upsi-insider apabila mendapat email daripada seorang mahasiswa yang ingin dikenali sebagai Abdul Hassan mengatakan bahawa terdapat amalan dualisme di dalam program. Hal ini menurut beliau disebabkan oleh peruntukan kewangan yang amat kurang untuk Persatuan atau Kelab membuat aktiviti.

Menariknya menurut Abdul Hassan lagi, aktiviti Persatuan dan Kelab hanya dibenarkan adalah berbentuk AKADEMIK sahaja. Bagi MPP dan JMK Kolej pula, mereka tidak terhad dan peruntukan untuk dua organisasi ini adalah tidak terhad. Beliau turut mempersoalkan apakah kerana MPP dan Kolej merupakan tunjang kekuatan universiti sehinggakan Persatuan dan Kelab dipinggirkan sedangkan Kelab dan Persatuanlah yang banyak membuat aktiviti dan lebih dekat dengan pelajar.

Bagi menjawab persoalanan ini, Halim Din sempat menanyakan soalan ini kepada En Salleh ( Nama Samaran) yang mengatakan bahawa tidak ada wujud diskriminasi pun daripada pihak universiti terhadap kelab dan persatuan tetapi disebabkan program yang dijalankan oleh persatuan atau kelab ini disifatkan beliau sebagai di luar kemampuan dan bukan akademik itulah menyebabkan ia tidak mendapat bajet yang diminta.

Menurut seorang mahasiswa yang hanya dikenali sebagai Hisham menyatakan amalan dua darjat terhadap persatuan dan kelab ini seharusnya tidak wujud dan mengharap agar pihak berwajib untuk tidak memandang remeh isu dua darjat antara kelab dengan MPP atau Persatuan dan MPP serta Kolej. Semoga selepas ini akan ada banyak program yang membantu menaikkan nama universiti di samping memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.

Halim Din turut mengucapkan tahniah kepada PERMAS kerana berjaya menganjurkan program terbesar pertama universiti semester ini dengan jayanya. Halim Din berharap agar semua persatuan dapat mencontohi PERMAS agar tidak mudah berputus asa apabila ada masalah dan jangan takut membuat aktiviti yang besar. Tahniah kepada PERMAS....

Halim Din

Tuesday, July 14, 2009

PROGRAM SIMFONI WARISAN

MENGUJI BAKAT ANDA???

Pakat ramai-ramai sertai “SIMFONI WARISAN” !!!
ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH UPSI (PERMAS)
Pelbagai pertandingan telah disediakan untuk anda!!!

1.PERTANDINGAN EXPLORACE
Hari: Sabtu ( 18 julai 2009 )
Tempat: Sekitar Dewan SITC
Masa: 9.00 Pagi

2.PERTANDINGAN FESYEN TRADISIONAL
Hari: Sabtu ( 18 Julai 2009 )
Tempat: Dewan SITC
Masa: 2.30 Petang

3.PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Hari: Ahad ( 19 Julai 2009 )
Tempat: Padang UPSI
Masa: 9.00 Pagi

4.PERTANDINGAN LAGU IRAMA MALAYSIA
Hari: Ahad ( 19 Julai 2009 )
Tempat: Dewan SITC
Masa: 2.00 Petang


1.Daftar segera di kaunter pendaftaran bagi setiap pertandingan.

2. Kaunter pendaftaran akan dibuka di hadapan pintu masuk Bitarasiswa.

Tarikh:
09 Julai 09 - 10 Julai 09

Masa:
9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
2.00 Petang – 5.00 Petang

3. Dapatkan borang penyertaan di meja Urusetia Simfoni Warisan PERMAS 09.

4. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan borang penyertaan, anda masih berpeluang untuk berbuat sedemikian sebelum setiap pertandingan tersebut berlangsung di tempat yang dinyatakan.

HADIAH YANG MENARIK MENATI ANDA!!!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:
Fieza : 012-2083732 ( Pertandingan lagu irama Malaysia )
Nuhaa Zafira: 013-6295816 ( Pertandingan Fesyen Tradisional )
Syaiha: 019-4373861 ( Pertandingan Explorace & Permainan Tradisional



UPSI-INSIDER: KAMI SOKONG PERMAS....TQ MR AT

Friday, July 10, 2009

Simfoni Warisan PERMAS

Tanjung Malim- Dua malam yang lepas Halim Din mendapat email daripada seorang ahli PERMAS yang mahu dikenali sebagai Mr AT. Di dalam emailnya, beliau menjemput upsi-insider untuk bekerjasama di dalam mempromosikan aktiviti ini...

Aktiviti ini menurut MR AT akan berlangsung pada 16 Julai sehingga 19 Julai. Tempat utama aktiviti ini berlangsung di Dewan SITC, Auditorium Utama, Dewan Sri Tanjung dan Bangunan Suluh Budiman. Halim Din turut difahamkan pada 16 Julai ini akan berlangsung perasmian di Dewan SITC pada jam 9 Pagi. Ia dijangka dirasmikan oleh Dato' Omar.

Justeru itu Halim Din mengharapkan semua warga UPSI turtu bersama-sama memeriahkan aktiviti anjuran salah sebuah persatuan elit di UPSI ini. Maklumat lanjut program ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan UPSI-Insider akan memaparkan secara rasmi aktiviti ini nanti..


Halim Din: Sangat hebat PERMAS boleh buat program yang besar di dalam keadaan gawat. Persatuan lain bagaimana pula....Upsi-insider boleh mempromosikan aktiviti anda. Hantarkan kepada email kami dan sertakan dengan semua maklumat program anda. Terima kasih

TNC HEP disambung lagi.........TAhniah Prof Shaharudin.....dari PRO ASPIRASI

Tanjong Malim, 10 Julai – Spekulasi siapa yang akan menyambung tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni terjawab apabila Prof. Dr. Shaharudin Abd Aziz disambung kontrak untuk tempoh 2 tahun lagi bagi menyandang jawatan tersebut.Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beberapa hari lalu.Menurut sumber, beliau setakat ini dikatakan bersetuju untuk memegang jawatan tersebut. Namun sehingga kini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh beliau berhubung perkara tersebut.

Saturday, July 4, 2009

KELAB ELIT DI UPSI?

Tanjung Malim- Semalam saya mendapat email daripada seorang mahasiswa yang bertanyakan kepada saya, kelab atau persatuan mana satu yang berstatus elit. Kelab atau Persatuan yang berstatus elit ini biasanya kelab atau persatuan yang aktif dan sering membuat aktiviti.

Kebiasaan kelab atau persatuan ini mempunyai pentadbiran yang sangat kuat dan tersusun. Kebiasaan kelab atau persatuan elit ini sering membuat aktiviti yang hebat dan memberi manfaat kepada UPSI. Saya akan menyenaraikan nama kelab dan persatuan yang tergolong dalam kategori ini.

Kelab/Persatuan Elit UPSI:
1) Persatuan Pengguna
2)Persatuan Mahasiswa Sejarah @ PERMAS
3)Persatuan Mahasiswa Sains @ PMS
4)Kelab Debat UPSI
5)ERAT

Setakat yang saya tahu hanya inilah sahaja berdasarkan maklumat daripada sumber-sumber dalaman dan disahkan sendiri oleh pihak berkuasa bahagian kelab dan persatuan ini....


Halim Din

Wednesday, July 1, 2009

Siapa dia Pro Kebajikan

Tanjung Malim- Sehingga kini Halim Din selalu mendapat email daripada ramai mahasiswa/i berkaitan siapakah di sebalik pro kebajikan. Bagaimanakah organisasinya . Apakah UPSIKINI adalah lidah rasmi bagi Pro Kebajikan ini.

Setakat yang Halim Din tahu, Pro Kebajikan ini merupakan salah satu daripada puak pro-Mahasiswa yang kononnya memperjuangkan nasib mahasiswa. Pro Mahasiswa ini agak kuat di beberapa universiti seperti di UM dan UKM. Di UPSI pula kerana tidak ingin dikatakan PRO-M, mahasiswa yang mendukung ideologi ini telah mengubah namanya menjadi Pro-Kebajikan. Kebanyakan ahli Pro-Kebajikan ini difahamkan daripada satu persatuan yang boleh dianggap elit. Oleh sebab itulah pemilihan AGM di Persatuan tersebut pasti menjadi berita paling hangat kerana Pro-Kualiti sudahpun menyediakan barisan pahlawannya untuk memenangi AGM persatuan tersebut nanti.

Pro-Kebajikan sehingga sekarang telah digerakkan oleh beberapa orang mahasiswa yang diketuai oleh beberapa orang MPP yang melaungkan slogan kebajikan semasa pRK dahulu. Mereka inilah sebenarnya pemimpin pro kebajikan yang disokong oleh media rasmi mereka UPSIKINI. Pro Kebajikan ini juga dikatakan sering mempromosikan diri mereka.

UPSI-Insider akan mendedahkan siapakah MPP yang melaungkan slogan kebajikan yang juga pemimpin atasan pro-kebajikan. Selain itu Upsi-insider sekarang sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa mahasiswa yang sedang cuba mempromosikan diri untuk jawatan MPP. Kononnya daripada maklumat pengintip Upsi-insider mengatakan terdapat seorang mahasiswa sedang berkempen di blog sebauh persatuan yang boleh dikatakan elit dan aktif.

Sama-samalah kita nantikan.................
Halim Din.........