Tuesday, July 28, 2009

H1N1 Terbaru

Tjg Malim- Menurut sumber dalaman Bahagian Koperat dan Antarabangsa UPSI, kemungkinan besar akan diisytiharkan cuti selama seminggu di UPSI namun akan diganti dengan cuti pertengahan penggal. Maksudnya tidak akan ada cuti pertengahan penggal. Namun begitu kenyataan rasminya hanya akan dibuat oleh Dato Naib canselor atau TNC keesokan hari atau seawal-awalnya lewat petang ini.

Semua Pelajar UPSI boleh melihat perkembangan isu ini dari semasa ke semasa di upsi-insider atau blog www.upsikini.blogspot.com. Walaupun berlainan pendapat, atas dasar kemanusian dan tanggungjawab bersama, wartawan Halim Din dan Mr Teller sekarang sedang berada di sekitar kampus terutama di bangunan Canselori. Justeru itu input yang terbaru akan menyusul kepada anda secepat mungkin.

Selain itu, Halim Din sempat menghubungi MPP Kebajikan UPSI iaitu saudara Zulhelmi bertanyakan isu ini dan beliau menyatakan pihak MPP sekarang sedaya upaya membantu pelajar yang memerlukan. justeru itu menurutnya lagi sesiapa pelajar UPSI terutama yang tinggal di UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS yang mengalami simpton H1N1 diminta menghubungi MPP dengan seberapa segera. Pihak MPP akan terus membantu dan menghantar ke klinik kesihatan UPSI atau Hospital Tjg Malim.

Menurutnya lagi pihak MPP lebih risau kepada pelajar yang tinggal di UKLK kerana susah nak pastikan mereka dikuarantinkan berbanding pelajar yang tinggal di kolej. justeru itu Zulhelmi meminta semua pelajar UKLK memberi kerjasama sepenuhnya arahan kuarantin ini dan menghubungi terus MPP atau Pihak UPSI kalau terdapat simpton ini.

Halim Din: Sedang berada di Pejabat Bahagian Koperat dan Antarabangsa... Mr Teller pula di HEPA

No comments:

Post a Comment