Tuesday, July 28, 2009

AGM oh AGM....

Tjg Malim - Setelah beberapa persatuan selesai mengadakan pertandingan AGM masing masing termasuk Persatuan Mahasiswa Sains yang menjadi kubu kuat pro KEBAJIKAN, menyusul pula beberapa persatuan akan membuat AGM masing-masing. Paling dinantikan ialah AGM Persatuan Mahasiswa Sejarah atau dikenali sebagai PERMAS dan Persatuan Pendidikan Islam pada minggu ini dan depan.

Setelah menyaksikan tumbangnya Pro Aspirasi di tangan pro Kebajikan di dalam pemilihan Persatuan Mahasiswa Sains, giliran PERMAS dan PPI pula menjadi tumpuan pertembungan pro Aspirasi dan Pro Kebajikan pula. Menurut Ketua Penerangan Pro Aspirasi, pro Aspirasi akan menurunkan semua panglimanya di dalam pertandingan dua persatuan ini memandangkan kekalahan di PMS memalukan pro Aspirasi atau nama mesranya pro Kualiti.

Menurut seorang lagi Majlis Tertinggi Aspirasi mereka juga akan cuba mengekalkan penguasaan mereka di Kelab Sahabat Mahasiswa Universiti ( SMU) yang turut menjadi tempat pertembungan dua ideologi ini. Kelab SMU ini sememangnya menjadi perebutan paling hangat untuk dua ideologi ini. Pro Aspirasi @ Kualiti semestinya mahu mengekalkan tradisi dan keseinambungan penguasaan mereka di dalam kelab yang paling berpengaruh di UPSI. Bagi Pro Kebajikan mereka melihat dengan menguasai SMU, maka mereka telah menguasai salah satu badan terpenting UPSI dan penting di dalam strategi politik mereka.

Sebagai ahli SMU juga, Halim Din mengharapkan agar semua ahli SMU dapat memilih barisan kepimpinan yang mantap dan dinamik. Halim Din turut lebih suka kalau yang menang dari ideologi yang berpegang teguh dengan aspirasi universiti kerana ia sesuai dengan matlamat dan tujuan penubuhan SMU.

Kepada semua calon, selamat bertanding...

Dari Saya,
Halim Din......

No comments:

Post a Comment