Tuesday, June 23, 2009

Pro Kebajikan oh Kebajikan

Tanjong Malim, 22 Jun – Pro Kebajikan hari ini mengeluarkan kenyataan agar semua pihak yang terlibat dalam Minggu Suai Kenal (MSK) tidak menjadikan MSK sebagai medan untuk berkempen.

Dalam satu kenyataan rasmi 2 muka surat itu, Pro Kebajikan menyeru kepada semua yang terlibat dalam MSK membetulkan niat dan mengisi ruang MSK untuk memberi kesedaran kepada pelajar baru bahawa mereka bakal bergelar guru satu hari nanti.

Dalam pada itu, Pro Kebajikan turut menyarankan kepada pihak yang bertanggungjawab memastikan MSK bebas daripada aktiviti kempen dengan menggunakan slogan-slogan tertentu dalam aktiviti yang dijalankan.

Kenyataan itu dikatakan dibuat setelah mendapati beberapa pihak menggunakan MSK sebagai medan berkempen menonjolkan pihak-pihak tertentu termasuklah tema MSK kali ini.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti kempen semasa MSK oleh pihak-pihak yang mencari ruang menonjolkan diri dan memulakan kempen awal menjelang PRK akan datang.

“Saya percaya akan berlaku aktiviti kempen seperti mana sebelum-sebelum ini di mana pihak yang sudah bercadang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus akan datang mula membuat kempen awal kepada pelajar-pelajar baru”ulasnya.

Tambahnya lagi”bagi memastikan MSK kali ini bebas daripada ektiviti kempen, Pro Kebajikan menyeru kepada semua pihak termasuklah kepada pegawai-pegawai yang terdiri daripada pentadbir universiti melihat MSK adalah sebagai ruang memberi kesedaran kepada pelajar baru dan bukan medan berkempen”.


UPSI-INSIDER kata:

Wahai UPSIKINI & bosnya pro kebajikan, sudahlah tu memfitnah orang.cermin dirilah..apa apa la korang ni. Mana ada yang guna MSK untuk tujuan politik macam korang. Saya tengok kebanyakan ahli SMS semua ikhlas dan bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjaya.. Syabas kepada Hairi dan rakan-rakan..semoga kualiti terus hebat...

No comments:

Post a Comment