Wednesday, June 24, 2009

Luahan Rasa dari Mantan SMU kepada saudara/i UPSIKINI & Geng....Baca Jangan tak baca

Adakah SMU tidak melaksanakan urusan MSK dengan sempurna?
adakah SMU sebelum ini menanamkan sikap bencikan UPSI?
jawapannya tidak sama sekali..
saya selaku mantan SMU amat tidak bersetuju dengan kenyataan di atas yang terang-terangan menghasut agar para pembaca blog ini membenci SMU dan En. Muzammil..
saya mula menceburkan diri dalam sejak semester ketiga (zaman JKS), seterusnya zaman RSK, dan meneruskan khidmat sukarela ini sehingga saya praktikum.. niat saya hanya satu, membantu UPSI yang saya cintai bagi melancarkan program orientasi yang diadakan setiap kali pengambilan pelajar baru.
tentang temuduga yang dikendalikan oleh SMU, itu tidak menjadi masalah kerana SMU berbuat demikian hanyalah bagi memastikan mereka yang terpilih mengendalikan MSK adalah benar-benar berkualiti kerana mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku semasa hari pendaftaran pelajar dan sepanjang minggu suaikenal berjalan. pelbagai sifat positif kami pupuk dalam diri setiap mereka yang dipilih, antaranya sifat cintakan UPSI, bekerjasama, taat kepada pemimpin, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. hasilnya, ramai MPP yang berkaliber dapat dilahirkan dari kalangan SMU.
berkenaan dengan En. Muzammil pula, beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap aktiviti sepanjang MSK berjalan dengan lancar, beliau juga pegawai yang tampil memberi bantuan tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
kepada individu yang secara terang-terangan menghentam SMU, singkaplah kembali saat pertama anda menjejakkan kaki ke bumi UPSI, ingatlah bahawa SMUlah yang dengan senyuman mesra menyambut kehadiran anda. di bawah panas terik menjaga lalulintas, bersengkang mata memastikan kebajikan anda dijaga sehingga kebajikan sendiri terabai. bukan penghargaan yang kami minta, tapi cacian ini amat menyedihkan kami.

Wahai UPSIKINI renungkanlah luahan rasa pelajar ini..Saya cabar saudara/i UPSIKINI jelaskan niat saudara/i terhadap SMU dan En Muzammil khasnya....

No comments:

Post a Comment