Monday, June 29, 2009

HANGAT SENSASI

Tanjung Malim- Pemilihan MT-MT setiap Persatuan semester ini pasti akan menjadi perhatian berikutan terdapat desas-desus menyatakan ada diantara bakal calon sudah berkempen awal. Kita juga difahamkan beberapa bakal calon ini mengunakan minggu suai kenal pelajar baru yang dikenali sebagai SMS sebagai medan kempen mereka.

Selain itu, pasti berlaku sesuatu yang panas kerana pemilihan AGM kali ini akan menyaksikan rentetan daripada Pilihanraya Kampus lepas yang menyaksikan pertembungan antara Pro-Kualiti dan Pro-Kebajikan. Menurut jurucakap pro-Kualiti yang mahu dikenali sebagai Hashim menyatakan pro-Kualiti pasti akan meletakan calon yang sesuai di dalam mana-mana persatuan semasa AGM nanti.

Pihak UPSI-Insider turut difahamkan terdapat beberapa persatuan pasti akan menjadi tumpuan di dalam pemilihan kali ini. Persatuan-persatuan ini dikatakan menjadi tumpuan kerana beberapa persatuan ini dikatakan antara persatuan yang elit dan pastinya telah melahirkan ramai MPP.

Di antaranya kita difahamkan bahawa ada juga diantara MT-MT persatuan yang sedia ada sudah mengumpulkan kroni-kroni untuk menguasai persatuan-persatuan ini. Malah persatuan-persatuan yang sedang berperang di antara MT nya akan menjadi perhatian.

UPSI-Insider pasti akan memberikan maklumat lebih lanjut mengenai pemilihan Persatuan akan datang. Apa-apapun yang menarik perhatian UPSI-Insider, semasa SMS kali ini terdapat beberapa seketriat yang seolah-olah mempromosikan diri daripada menjalankan tugas mereka dengan rasa bertanggungjawab. UPSi-Insider mengharapkan bagi sesiapa yang ingin berpolitik semasa SMS kali ini, berundurlah secara profresional kerana SMS bukan medan untuk anda berpolitik.

Halim Din.....

LUAHAN RASA

Saya pun nak luahkan sedikit kekecewaan semasa proses pendaftaran kat UPSI semalam. Tapi cukuplah kat sini, tak perlu masuk paper.

Semalam saya menghantar adik saya yang mendaftar sebagai pelajar baru di UPSI. Pada surat tawaran tertera nama KHAR sebagai tempat mendaftar. Namun setelah tiba di KHAR, satu pengumuman dibuat bahawa sebelum mendaftar, pelajar baru perlu menyemak nama di satu papan tanda berkenaan pertukaran tempat pendaftaran dari KHAR ke KZ (Za'ba). Setelah menyemaknya, nama adik saya termasuk dalam senarai mereka yang bertukar kolej kediaman.

Apabila ditanya pada seorang SMS yang bertugas, katanya ada berlaku kesilapan pada sistem (walaupun sistem itu dibuat oleh manusia). Jadi beliau memohon maaf bagi pihak UPSI (Pelajar tahun 2 mewakili pihak UPSI, pegawai/staf UPSI tak nampak pun). Itu saya boleh terima lagi. Nasib baik kami tiba awal sejam sebelum bermula pandaftaran untuk sesi ke 3.

Namun apa yang dikesalkan ialah kenapa pihak UPSI tidak memaklumkan melalui telefon atau sms kepada setiap pelajar berkenaan berita tersebut. Nasib baik kami datang dengan kereta sendiri, bolehlah beredar tanpa bersusah payah (walaupun semasa nak ke KHAR terpaksa menghadapi jalan yang agak sesak). Bagaimana pula nasib mereka yang datang dengan kenderaan awam? Dengan barang2 yang banyak, sudah tentu ini menyusahkan mereka. Saya dikhabarkan ada lebih kurang 300 orang yang tersenarai dalam pertukaran ini. Agaknya kalaulah hal ini berlaku juga pada pelajar Sabah/Sarawak, mungkin ia akan lebih kecoh.

Dah lah pihak UPSI tidak menghantarkan surat tawaran rasmi secara pos (perlu diambil semasa pendafaran), borang2 pun semua kena cetak sendiri seperti borang panduan, borang pemeriksaan kesihatan dan pelbagai borang lagi. Dah berapa ribu UPSI jimat kat sini. Belanja pos dah tak perlu keluarkan, kos cetakan borang2, kertas dan sebagainya pun tak perlu dikeluarkan.... Sepatutnya kaedah penjimatan sebegini dah boleh menyiapkan 2,3 buah kampus UPSI . Tapi semasa melalui tapak UPSI di Proton City (dekat dengan KZ), sedikit kecewa apabila pagar sahaja yang cantik, bangunannya belum nampak rupa lagi...

Sepatutnya perkara begini tidak timbul selepas USM buah 'hal' tempoh hari. Nasib baik keluarga saya belum buat kenduri selepas mengetahui keputusan adik saya tersebut berjaya memasuki USM sebelum diberitakan tentang kesilapan teknikal yang berlaku. Sepatutnya UPSI belajar dari kesipalan USM tersebut.

Namun, apa2pun tahniah kepada para petugas dan semua pegawai UPSI kerana telah bertungkus lumus memastikan sesi pendaftaran ini tidak bermasalah yang boleh dianggap 'major'. Semoga masalah 'minor' ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

Abang Pelajar Baru UPSI
Malaysia

Sunday, June 28, 2009

Sekitar Hari Pendaftaran UPSI

Tanjung Malim, 28 Jun – Perjalanan proses pendaftaran pelajar baru ambilan Julai sesi 2009/10 yang bermula jam 9.00 pagi tadi dilaporkan berjalan lancar.

Sedikit kesesakan berlaku di kaunter Pusat Kesihatan yang turut membekalkan penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga jangkitan H1N1.

Sehingga jam 10.00 pagi tadi sekitar 30 % daripada keseluruhan bilangan pelajar hadir untuk mendaftar.

10.30 a.m. – Cuaca baik dan pendaftaran untuk sesi kedua bermula. Laluan keluar masuk kenderaan dari simpang ke Taman bahtera hingga susur keluar tol Tanjong Malim dilaporkan sesak.
11.00 a.m. – Perjalanan pendaftaran berjalan dengan baik. Banyak ibu bapa yang sepatutnya mendaftarkan anak mereka di Kolej Zaaba tersalah masuk ke Kolej Harun Aminurrashid kerana keliru dengan papan tanda yang menunjukkan Kolej Kediaman UPSI di jalan utama Kuala Lumpur –Tanjong Malim. Pendaftaran di Kolej Zaaba turut dilaporkan berjalan lancar.
11.15 a.m. – Kenderaan susur keluar dari Tol Tanjong Malim bertambah. Kesesakan lalu lintas dilaporkan bertambah teruk menuju ke Kolej Harun Aminurrashid, Taman Bahtera.
11.50 a.m. – Proses pendaftaran mengalami sedikit kesesakan. Dilaporkan terdapat pelajar yang berdaftar tidak mengikut sesi yang ditetapkan.
12.30 p.m. – Pendaftaran pelajar untuk sesi ke-3 bermula. Dilaporkan ramai ibu bapa mengeluh mencari tempat letak kereta yang penuh sejak jam 11.00 pagi tadi.
2.15 p.m. – kesesakan berlaku di beberapa kaunter. Antara kaunter yang didapati sesak, di bahagian akademik, kaunter semakan nama mendaftar dan kaunter pengesahan sijil. Kesesakan juga berlaku di kedai fotostat di KHAR.
3.00 p.m. – Proses pendaftaran masih lagi berjalan dengan sesi ke-3 30 minit yang lalu. Kesesakan masih lagi berlaku. Ramai ibu bapa masih belum keluar dari kawasan pendaftaran menyebabkan kenderaan yang baru sampai tidak mendapat tempat meletak kenderaan.
3.30 p.m. – Hujan mulai turun di Tanjong Malim. Ibu bapa yang mendaftar anak mereka di KHAR dilaporkan masih ramai berada di sini bagi memastikan kelengkapan anak-anak mereka cukup sebelum pulang ke kampung masing-masing.
3.50 p.m. – Hujan semakin lebat. Ibu bapa berteduh di bawah kanopi dan foyer-foyer KHAR. Lif dilaporkan sering mengalami kerosakan akibat membawa muatan berlebihan.
4.05 p.m. – Hujan sudah mula berhenti. Pendaftaran berjalan seperti biasa. Sehingga kini, hampir 75% pelajar yang mendaftar adalah perempuan.
5.00 p.m. – Bilangan ibu bapa sudah beransur kurang. Kebanyakan kaunter-kaunter sudah mula lengang. Suasana di Kolej Zaaba dilaporkan berjalan baik dan semua dalam keadaan terkawal. Kesesakan lalu lintas sudah mula reda. Kebanyakan ibu bapa juga sudah mula bertolak ke kampung masing-masing.
5.15 p.m. – Peniaga-peniaga di gerai-gerai jualan sudah mula mengemas gerai mereka. Peniaga di sini mampu tersenyum lebar apabila jualan mereka dilaporkan luar biasa pada hari ini. Keadaan di KHAR juga dilaporkan semakin reda. Kebanyakan pelajar juga berada di bilik masing-masing bagi persiapan sebelum program MSK yang dijadual bermula malam ini.
5.30 p.m. – Suasana dingin di sekitar Tanjong Malim. Kaunter-kaunter sudah mula ‘tutup kedai’. Masih terdapat beberapa pelajar mengambil peluang berjumpa ibu bapa dan ahli keluarga sebelum mereka pulang ke halaman masing-masing.
5.40 p.m. – Keadaan di KUO juga dilaporkan semakin reda. Ibu bapa sempat mengambil kesempatan meninjau sekitar Taman Bahtera sebelum pulang. Baju korporat SMS seperti perwakilan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seloroh sekumpulan bapa pelajar yang mendaftar di sini sebelum berangkat pulang.
6.00 p.m. – Semua kaunter sudah ditutup kecuali kaunter kolej (KHAR) yang bersiap sedia untuk menerima kehadiran beberapa lagi pelajar dari Sabah dan Sarawak malam ini.

Wednesday, June 24, 2009

Luahan Rasa dari Mantan SMU kepada saudara/i UPSIKINI & Geng....Baca Jangan tak baca

Adakah SMU tidak melaksanakan urusan MSK dengan sempurna?
adakah SMU sebelum ini menanamkan sikap bencikan UPSI?
jawapannya tidak sama sekali..
saya selaku mantan SMU amat tidak bersetuju dengan kenyataan di atas yang terang-terangan menghasut agar para pembaca blog ini membenci SMU dan En. Muzammil..
saya mula menceburkan diri dalam sejak semester ketiga (zaman JKS), seterusnya zaman RSK, dan meneruskan khidmat sukarela ini sehingga saya praktikum.. niat saya hanya satu, membantu UPSI yang saya cintai bagi melancarkan program orientasi yang diadakan setiap kali pengambilan pelajar baru.
tentang temuduga yang dikendalikan oleh SMU, itu tidak menjadi masalah kerana SMU berbuat demikian hanyalah bagi memastikan mereka yang terpilih mengendalikan MSK adalah benar-benar berkualiti kerana mereka inilah yang menjadi barisan hadapan dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku semasa hari pendaftaran pelajar dan sepanjang minggu suaikenal berjalan. pelbagai sifat positif kami pupuk dalam diri setiap mereka yang dipilih, antaranya sifat cintakan UPSI, bekerjasama, taat kepada pemimpin, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. hasilnya, ramai MPP yang berkaliber dapat dilahirkan dari kalangan SMU.
berkenaan dengan En. Muzammil pula, beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap aktiviti sepanjang MSK berjalan dengan lancar, beliau juga pegawai yang tampil memberi bantuan tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
kepada individu yang secara terang-terangan menghentam SMU, singkaplah kembali saat pertama anda menjejakkan kaki ke bumi UPSI, ingatlah bahawa SMUlah yang dengan senyuman mesra menyambut kehadiran anda. di bawah panas terik menjaga lalulintas, bersengkang mata memastikan kebajikan anda dijaga sehingga kebajikan sendiri terabai. bukan penghargaan yang kami minta, tapi cacian ini amat menyedihkan kami.

Wahai UPSIKINI renungkanlah luahan rasa pelajar ini..Saya cabar saudara/i UPSIKINI jelaskan niat saudara/i terhadap SMU dan En Muzammil khasnya....

Tuesday, June 23, 2009

Pro Kebajikan oh Kebajikan

Tanjong Malim, 22 Jun – Pro Kebajikan hari ini mengeluarkan kenyataan agar semua pihak yang terlibat dalam Minggu Suai Kenal (MSK) tidak menjadikan MSK sebagai medan untuk berkempen.

Dalam satu kenyataan rasmi 2 muka surat itu, Pro Kebajikan menyeru kepada semua yang terlibat dalam MSK membetulkan niat dan mengisi ruang MSK untuk memberi kesedaran kepada pelajar baru bahawa mereka bakal bergelar guru satu hari nanti.

Dalam pada itu, Pro Kebajikan turut menyarankan kepada pihak yang bertanggungjawab memastikan MSK bebas daripada aktiviti kempen dengan menggunakan slogan-slogan tertentu dalam aktiviti yang dijalankan.

Kenyataan itu dikatakan dibuat setelah mendapati beberapa pihak menggunakan MSK sebagai medan berkempen menonjolkan pihak-pihak tertentu termasuklah tema MSK kali ini.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti kempen semasa MSK oleh pihak-pihak yang mencari ruang menonjolkan diri dan memulakan kempen awal menjelang PRK akan datang.

“Saya percaya akan berlaku aktiviti kempen seperti mana sebelum-sebelum ini di mana pihak yang sudah bercadang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus akan datang mula membuat kempen awal kepada pelajar-pelajar baru”ulasnya.

Tambahnya lagi”bagi memastikan MSK kali ini bebas daripada ektiviti kempen, Pro Kebajikan menyeru kepada semua pihak termasuklah kepada pegawai-pegawai yang terdiri daripada pentadbir universiti melihat MSK adalah sebagai ruang memberi kesedaran kepada pelajar baru dan bukan medan berkempen”.


UPSI-INSIDER kata:

Wahai UPSIKINI & bosnya pro kebajikan, sudahlah tu memfitnah orang.cermin dirilah..apa apa la korang ni. Mana ada yang guna MSK untuk tujuan politik macam korang. Saya tengok kebanyakan ahli SMS semua ikhlas dan bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjaya.. Syabas kepada Hairi dan rakan-rakan..semoga kualiti terus hebat...