Tuesday, October 6, 2009

Pilihanraya Kampus UPSI Semakin Dekat........Hangat..Kenyataan Hangat YB Khaled Norden tentang Mahasiswa Berpolitik dan Hint PRK

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didapati terlibat dengan sebarang kempen politik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang.

Katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

AUKU yang dipinda pada awal tahun ini memberi kelonggaran kepada para pelajar untuk menjemput mana-mana pemimpin parti politik mengambil bahagian dalam mana-mana program intelektual yang dianjurkan oleh badan mahasiswa di universiti tetapi masih tidak membenarkan para pelajar IPTA terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana parti politik mahupun menyertai sebarang aktiviti politik.

“Semua orang tahu saya adalah seorang yang tidak pernah kompromi dengan undang-undang,” kata Khaled kepada para pemberita di sini Selasa. Sebelum itu beliau telah merasmikan Dialog Industri Kebangsaan 2009 di PICC di sini.

Mengenai isu bantahan e-undi yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Khaled berkata, tindakan itu hanyalah satu mainan politik murahan.

Kumpulan tersebut membantah sistem pengundian berkomputer pada pilihan raya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semalam sebuah portal berita melaporkan, kumpulan pelajar berkenaan telah ke kawasan pilihan raya itu sejak hari penamaan calon Sabtu lalu bagi menunjukkan bantahan ke atas pelaksanaan e-undi di beberapa buah IPTA pada sesi pemilihan terbaru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Bercakap dengan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Khaled menyamakan tindakan SMM itu dengan sikap parti pembangkang.

“Mereka ini sama saja macam pembangkang. (Mereka kata) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil. Bila dia menang, dapat kerajaan, tidak ada pula dia bising sama ada SPR adil atau tidak.

Tegasnya, bantahan terhadap penggunaan e-undi tersebut juga tidak selari dengan perkembangan zaman dan teknologi kerana banyak negara lain seperti Amerika Syarikat turut menggunakan sistem sedemikian.

“Saya ingat banyak negara pakai e-undi. Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat juga pakai e-undi.

“Kita cakap mengenai zaman teknologi ICT, kemudian satu kumpulan pelajar yang sepatutnya berpendidikan tinggi dan selari dengan zamannya tidak percaya dengan penggunaan ICT bagi memilih wakil mereka. Saya rasa ini hanya permainan politik," katanya.

Sementara itu, Khaled menjelaskan, pilihan raya kampus di seluruh negara akan bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan.


Halim DIn:Nampaknya PRK UPSI MAKIN dekat.,MPP akan bubar tidak lama lagi tapi tak da tanda PRK pun..namun kenyataan Khaled Prk akan mula pertengahan bulan ini menimbulkan keraguan..bila agaknya ya

Monday, October 5, 2009

KELAB/PERSATUAN TERBAIK SESI 2008/2009

Tjg Malim- Akhirnya senarai Kelab dan Persatuan Terbaik UPSI sudah diketahui berdasarkan sumber-sumber rapat dan juga berdasarkan kajian oleh krew UPSI-Insider. Berikut adalah senarainya:

Kelab/Persatuan Terbaik
1) Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)
2)Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS)
3)Persatuan Mahasiswa Sains (PMS)
4)Persatuan Pengguna
5)Persatuan Pendidikan Islam
6)KASIH
7)Persatuan Persuratan Melayu
8)Kelab Perpaduan
9)Kelab Debat
10)Persatuan Bahasa Melayu

Kelab/Persatuan Tidak Mencapai KPI
1)Persatuan Pendidikan Moral
2)Persatuan Mahasiswa Geografi
3)Persatuan Penyayang

Kelab/Persatuan Baru Terbaik
1) Persatuan Pengajian Malaysia
2) Seketeriat Rukun Negara
3)Kelab Basikal

Program Terbaik Tahunan: Simfoni Warisan (PERMAS)

*Sumber boleh dipercayai

HANGAT: PENDAFTARAN KURSUS SEM DEPAN..SISTEM BARU

Tanjung Malim- Suasana hari pendaftaran kursus bagi semester depan agak kelam kabut pada hari ini memandangkan pengunaan sistem baru. Sistem ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyusun jadual kuliah masing-masing. Sistem ini dikatakan merupakan satu pembaharuan oleh pihak UPSI. Namun begitu, sistem ini seperti sistem yang digunakan oleh USM di mana pelajar diberi ruang menentukan jadual kuliah mereka.

Walaubagaimanapun, pengunaan sistem ini agak kelam kabut kerana ramai pelajar mengadu tidak dapat memasuki sistem kerana kesesakan. Ada yang berjaga sampai tengah malam dan ada yang dapat masuk sistem tetapi malangnya kursus yang ingin didaftar sudah penuh. Ramai pelajar UPSI merungut mengenai sistem ini dan ada yang langsung tidak berpuas hati dengan sistem baru ini.

Sebenarnya masalah sistem pendaftaran baru ini ialah apabila pelajar tersebut ingin memasuki laman web sistem tersebut namun gagal kerana kesesakan. Sebilangan yang berjaya akan dapat mendaftar tetapi bagi yang hanya berjaya pada tengah malam pun ada yang tidak dapat mendaftar kerana kursus tersebut sudah penuh. Apa yang menjadi persoalan sekarang bagaimanakah agaknya nasib pelajar yang tidak dapat mendaftar kursus tersebut. Apakah pihak akademik sanggup memberi ruang kepada pelajar yang tidak dapat mendaftar gara-gara kursus sudah penuh mendaftar semula?

Ramai pelajar berpendapat bahawa sepatutnya pendaftaran mengikut sistem baru ini dibuat mengikut fakualti atau semester. Hal ini barulah mengelakkan berlakunya masalah ini terutama bagi yang mendaftar kursus minor. Ini kerana kebiasaan yang menjadi masalah ialah kursus minor. Jadi pihak Upsi-insider berharap UPSI segera mencari penyelesaian terbaik supaya semua pelajar dapat mendaftar dengan baik.

Halim Din: Nasib baik sempat mendaftar walaupun kerja kursus masih banyak lagi....


Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA





SALAM HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 21, 2009

Bagaimana nak melayari UPSIKINI

Tjg Malim- Sebagai blogger yang mengamalkan ketelusan di dalam dunia media, Halim Din dan pihak penulis upsi-insider bersetuju untuk menyiarkan komen berkaitan upsikini. Berikut merupakan cara untuk pengguna di kolej kediaman mengakses upsikini:



Berikut merupakan langkah yang boleh diambil untuk melayari UPSIkini sekiranya berada di kampus dan kolej-kolej kediaman.
  1. Buka mana-mana laman web enjin gelintar (search engine) seperti yahoo, google dan sebagainya.
  2. Taipkan upsikini dan klik search
  3. Klik perkataan ‘cached’ pada mana-mana tajuk yang disenaraikan yang mempunyai kaitan dengan upsikini.

Halim Din: Walau berlainan ideologi, tetapi Halim Din tetap menghormati kebebasan bersuara

Thursday, August 13, 2009

AGM PERMAS

Tjg Malim- Tahniah kepada barisan kepimpinan baru PERMAS yang selamat mengadakan AGM tadi. Halim Din difahamkan bahawa pemilihan kali ini lebih hangat kerana beberapa jawatan penting turut dipertandingkan. Difahamkan juga Bendahari MPP, Saudara Asree turut meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam AGM ini.

Namun begitu, kedatangan Asree ini telah menimbulkan keraguan banyak pihak kerana beliau tidak berada di kawasan Konvokesyen. Pada masa yang sama, di kawasan konvokesyen, forum perdana sedang berlangsung. Menurut seorang jurucakap Pro Kualiti mengatakan kedatangan Asree ke AGM PERMAS adalah atas dasar beliau sebagai ahli PERMAS. Jadi tidak ada isu tertentu seperti yang cuba dikaitkan pihak tertentu yang mempersoalkannya.

Selain itu pemilihan kali ini tidak memeranjatkan kerana beberapa calon yang dijangka menang, memenangi kerusi YDP, TYDP dan NYDP. Ketiga-tiga pemenang kerusi ini memang dijangka menang dan beberapa muka baru di dalam kepimpinan baru ini. Sememangnya kemenangan YDP,TYDP dan NYDP ini telah menunjukkan bahawa PERMAS akan menjadi lebih maju dan berjaya kerana ketiga-tiga YDP.TYDP dan NYDP dikatakan mempunyai kekuatan untuk meningkatkan lagi status PERMAS sebagai kelab elit di UPSI. Sekalung tahniah kepada pemenang dan kepada yang kalah jangan berputus asa. Bukan jawatan yang menentukan tetapi apa yang kita beri dan sumbangkan kepada persatuan.

Halim Din: Tunggu mesyuarat agung PPI pula...Upsi-Insider akan menyiarkan maklumat lengkap YDP,TYDP,NYDP serta barisan kepimpinan PERMAS nanti selepas disiarkan secara rasmi di blog PERMAS.

Tuesday, August 11, 2009

Istiadat konvokesyen

Tg Malim , 11 Ogos – Istiadat Pesta Konvokesyen ke 11 Sidang 2 yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak ,Tuanku Bainun. Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini yang dicatatkan secara kronologi mengikut masa.

9.25 pagi :Baginda yang tiba tepat jam menerima tabik hormat Perbarisan Kawad Suku di Pintu Masuk Utama UPSI.

9.30 pagi :Para graduan berarak dari Auditorium Utama ke Dewan SITC.

9.35 pagi : Perarakan masuk akademik yang terdiri dari Pro-Canselor, Naib Canselor , Timbalan-Timbalan Naib Canselor ,Senat- Senat , Dekan –Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, dan wakil graduan. Tetamu jemputan utama juga mula memasuki Dewan.

9.45 pagi: Perarakan utama memasuki Dewan.
9.50 pagi : Perarakan Canselor UPSI memasuki dewan.
9.55 pagi : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

- Bacaan Doa
- Pengisytiharan Istiadat Konvokesyen ke 11 Sesi Pertama Sidang Kedua
- Ucapan Naib Canselor
- Titah Ucapan DYMM Tuanku Canselor
- Pengurniaan Ijazah Kehormat kepada Tun Abdullah Badawi
- Ucapan Penerima Ijazah Kehormat
- Pengurniaan Professor Emeritus
- Pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah
- Pengurniaan Ijazah Sarjana
- Pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan
- Pengumuman Alumni UPSI oleh Naib Canselor
- Pengisytiharan Pengangguhan Sesi Pertama Sidang Kedua Istiadat Konvokesyen Ke 11
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman

12.30 tengahari : Istidat Bersurai
12.40 tengahari :Tuanku Canselor berangkat ke Dewan Sri Tanjung.
1.30 tengahari : Tuanku Canselor berangkat meninggalkan kampus utama UPSI melalui Pintu
Utama UPSI.

Sementara itu , seramai 2883 graduan bakal menerima ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang masing-masing bermula dari pagi ini . Berikut adalah pecahan graduan mengikut fakulti dan bidang masing-masing.

Fakulti Sains dan Teknologi ( FST)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains – 786 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik - 352 orang

Fakulti Bahasa (FB)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL - 89 0rang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu - 219 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusateraan Bahasa Melayu - 94 orang

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan - 42 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan - 48 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi - 44 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Pendidikan - 36 orang

Fakulti Sains Sukan (FSS)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan -216 orang

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( FTMK)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat - 42 orang

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia(FSKPM)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah - 135 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas - 42 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling - 224 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak - 67 orang

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi - 28 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah - 79 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Moral - 137 orang

Fakulti Seni dan Muzik (FSM)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni - 184 orang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik - 19 orang

Anugerah Anumerta - Allahyarhammah Rosmarinda Bt Mat Yusoff (Pendidikan Khas)
Seorang lagi graduan tidak sempat untuk menerima ijazahnya kerana telah dijemput untuk mengadap Ilahi kerana menghidap penyakit jangkitan kronik paru-paru. Keluarga Allahyarhammah bagaimanapun turut hadir pada Sidang ke-4 yang dijadualkan pada 12 Ogos 2009 (Rabu) jam 2 petang.

YDP MPP UPSI , Saudara Mohd Hairie B. Abdullah mengucapkan jutaan tahniah dan semoga berjaya menempuh alam pekerjaan guru yang semakin mencabar dengan tekad yang ikhlas untuk membangunkan anak-anak bangsa demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.