Monday, October 5, 2009

HANGAT: PENDAFTARAN KURSUS SEM DEPAN..SISTEM BARU

Tanjung Malim- Suasana hari pendaftaran kursus bagi semester depan agak kelam kabut pada hari ini memandangkan pengunaan sistem baru. Sistem ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyusun jadual kuliah masing-masing. Sistem ini dikatakan merupakan satu pembaharuan oleh pihak UPSI. Namun begitu, sistem ini seperti sistem yang digunakan oleh USM di mana pelajar diberi ruang menentukan jadual kuliah mereka.

Walaubagaimanapun, pengunaan sistem ini agak kelam kabut kerana ramai pelajar mengadu tidak dapat memasuki sistem kerana kesesakan. Ada yang berjaga sampai tengah malam dan ada yang dapat masuk sistem tetapi malangnya kursus yang ingin didaftar sudah penuh. Ramai pelajar UPSI merungut mengenai sistem ini dan ada yang langsung tidak berpuas hati dengan sistem baru ini.

Sebenarnya masalah sistem pendaftaran baru ini ialah apabila pelajar tersebut ingin memasuki laman web sistem tersebut namun gagal kerana kesesakan. Sebilangan yang berjaya akan dapat mendaftar tetapi bagi yang hanya berjaya pada tengah malam pun ada yang tidak dapat mendaftar kerana kursus tersebut sudah penuh. Apa yang menjadi persoalan sekarang bagaimanakah agaknya nasib pelajar yang tidak dapat mendaftar kursus tersebut. Apakah pihak akademik sanggup memberi ruang kepada pelajar yang tidak dapat mendaftar gara-gara kursus sudah penuh mendaftar semula?

Ramai pelajar berpendapat bahawa sepatutnya pendaftaran mengikut sistem baru ini dibuat mengikut fakualti atau semester. Hal ini barulah mengelakkan berlakunya masalah ini terutama bagi yang mendaftar kursus minor. Ini kerana kebiasaan yang menjadi masalah ialah kursus minor. Jadi pihak Upsi-insider berharap UPSI segera mencari penyelesaian terbaik supaya semua pelajar dapat mendaftar dengan baik.

Halim Din: Nasib baik sempat mendaftar walaupun kerja kursus masih banyak lagi....


No comments:

Post a Comment