Tuesday, February 15, 2011

Pilihanraya Kampus

Tg Malim , 15 Febuari 2011 - Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 yang diketuai oleh Saudara Mohd Razik B. Khalid secara rasminya telah dibubarkan semalam. Dengan pembubaran ini bermakna satu pilihanraya kampus akan diadakan pada pada 21 Febuari ini.

Berikutan dengan itu , borang-borang pencalonan pilihanraya kampus (PRK ) sesi 2011/2012 telah mula di jual semalam di Bilik Mesyuarat Utama , Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA ) UPSI bermula jam 08.30 pagi sehingga 04.30 petang. Penjualan borang - borang ini akan disambung semula pada hari Rabu , 16 Febuari 2011 kerana hari ini adalah Maulidur Rasul.

Justeru itu, pilihanraya kampus kali ini pasti akan lebih menarik memandangkan pertembungan lebih ramai calon. Apa yang pasti mengejutkan ialah penguguran syarat pertandingan yang lepas iaitu bakal calon tidak perlu mengikuti kem untuk bertanding sebagai calon MPP kali ini. Kami di pihak UPSI-Insider menganggap ia sebagai satu amalan demokrasi dan sihat.

Pihak UPSI-Insider turut mendapat maklumat mengenai bakal-bakal calon MPP kali ini yang dijangka menyaksikan hampir semua kerusi dijangka dipertandingkan. Pihak Pimpinan Bitara turut dikatakan tidak mempunyai calon yang bersedia untuk pemilihan MPP kali ini dan Mahasiswa Pendidik dikatakan ingin meletakkan calon di Setiap Fakulti dan Calon Umum.

UPSI-Insider akan cuba untuk mendedahkan dari semasa ke semasa mengenai calon dan PRK kali ini.

No comments:

Post a Comment