Monday, February 28, 2011

Datuk Seri Khaled Nordin adalah Menteri di KPT..Daripada Kenyataan GAMIS

Gabungan Mahasiswa islam Se-Malaysia (GAMIS) telah mengeluarkan kenyataan supaya Timb.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilantik menjadi Menteri penuh mengganti Datuk Seri Khaled Nordin. Kenyataan itu dikeluarkan ekoran kegagalan Khaled dalam menangani masalah Pilihanraya Kampus(PRK) di beberapa IPTA dalam negara pada hari ini dan esok.

Kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab melalui Media elektronik "Malaysiakini" pada hari semalam.Kenyataan itu,dibuat atas beberapa faktor yang tidak memihak kepada pasukan "PRO -M" dibeberapa universiti awam di Malaysia.Penilaian yang dilakukan oleh wakil Gamis ini hanya dilihat dari faktor Pilihanraya Kampus dan bukannya dari pelbagai sudut.

Kematangan seseorang mahasiswa perlulah ditejermah dari pelbagai sudut kerana sebagai golongan intelektual mereka tidak terikat dengan satu-satu perkara. Ahmad syukri gagal untuk melihat beberapa faktor seperti pendidikan ,kebajikan, kemudahan dan beberapa aspek yang berkaitan mahasiswa kerana terlalu taksub menilai seseorang dari segi politik.

Sebenarnya Ahmad Syukri juga harus sedar bahawa seseorang mahasiswa yang berada di universiti mempunyai tujuan utama iaitu menuntut ilmu.Pendedahan yang dilakukan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) adalah untuk menyedarkan mahasiswa tentang cabaran yang bakal dihadapi apabila keluar dari universiti kelak.

Sekiranya kita melihat situasi yang berlaku di universiti-universiti di Malaysia pada masa ini memang wajarlah Menteri KPT memberi teguran kepada Mahasiswa dan ini tidak boleh menyebabkan mereka prejudis untuk meletakkan Datuk seri Khaled ":tidak bersikap terbuka".Ahmad Syukri sendiri harus lebih bersikap terbuka kerana sebagai Mahasiswa mereka mewakili keseluruhan Mahasiswa dan bukannya membawa ideolgi sesuatu kumpulan ataupun parti.

Dan amatlah tidak wajar sekiranya Ahmad Syukri tidak dapat menerima teguran tersebut kerana dalam memperjuangkan keterbukaan terhadap mahasiswa bukanlah menjadikan mereka kebal untuk ditegur.Menteri KPT mempunyai sebab tersendiri dan semua pihak harus bersama mengangkat martabat sistem pendidikan di Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment