Friday, October 30, 2009

PEN DRIVE MPP..JANGAN SEKADAR LEPASKAN BATUK DI TANGGA

Tanjung Malim- PEN DRIVE yang diberikan MPP dengan label " PIMPINAN BITARA" ini dikatakan telah menimbulkan kontroversi di kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI. Kontroversi ini dikatakan bermula apabila kebanyakkan PEN DRIVE percuma ini dikatakan tidak dapat digunakan. Halim Din sendiri telah turun menyiasat dakwaan mahasiswa-mahasiswi ini. Memang nyata bahawa kebanyakkan PEN DRIVE itu sendiri rosak.

Halim Din juga mengalami hal yang sama semasa mendapat PEN DRIVE tersebut. Yang menjadi persoalan di dalam hati kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UPSI apakah pemberian PEN DRIVE bermasalah ini merupakan jalan untuk MPP mengambil hati mahasiswa dan mahasiswi supaya melihat keprihatinan mereka.

Namun yang menjadi persoalan, Di Manakah MPP mendapat bajet membeli PEN DRIVE tersebut dan apakah berlaku penyelewengan di dalam pemberian dan pembelian PEN DRIVE tersebut. Bagaimanakah pihak MPP tidak mengetahui PEN DRIVE tersebut bermasalah dan tidak ada sebarang tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berlanjutan.

Halim Din sempat menemubual beberapa mahasiswa dan amhasiswi yang mengatakan bahawa pemberian PEN DRIVE ini dianggap tidak ikhlas dan bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut seorang mahasiswa yang ingin dikenali sebagai Hisham mengatakan PEN DRIVE yang diberikan ini ibarat barang BUNDLE sahaja dan beliau meminta pihak berkenaan supaya memberikan penjelasan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Selain itu, pihak Upsi -Insider dikatakan pihak Pimpinan Bitara ini turut mengedarkan kurma percuma semasa bulan Ramadhan dahulu dan kemudian PEN DRIVE yang diibaratkan sebagai hadiah RAYA kepada Mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Namun agak mengecewakan kerana PEN DRIVE ini dianggap tidak bertepatan dengan status bitara pimpinan yang memberi.

Siapakah sebenarnya PIMPINAN BITARA ini. Apakah ini merujuk kepada MPP keseluruhannya atau merujuk kepada kumpulan tertentu. Apakah pemberian PEN DRIVE ini merupakan satu strategi politik menjelang Pilihan Raya Kampus nanti... sama sama kita nantikan.

Halim Din: Mohon Perjelasan daripada Pihak Terbabit

No comments:

Post a Comment