Wednesday, July 29, 2009

Kenyataan Sah Cuti Mid Term dan Pembatalan Kuliah....H1N1

MAKLUMAN MENGENAI PEMBATALAN KULIAH DAN PERUBAHAN TARIKH CUTI PERTENGAHAN SEMESTER


PERHATIAN
PENGUMUMAN PENTING!!!

MAKLUMAN MENGENAI PEMBATALAN KULIAH DAN PERUBAHAN TARIKH CUTI PERTENGAHAN SEMESTER.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Mulai pada 29 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009 semua kuliah dibatalkan. Kuliah-kuliah yang dibatalkan tersebut perlu diganti semula dan pensyarah yang terlibat perlu mengatur kuliah ganti tersebut dengan pelajar.

  2. Cuti Pertengahan Semester yang sepatutnya bermula 15 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009 telah dipinda dan
    diawalkan iaitu bermula 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009. Kuliah akan dijalankan seperti biasa mulai 10 Ogos 2009.
Tarikh Notis : 29 JULAI 2009
Dikeluarkan Oleh : PEJABAT PENDAFTAR


BAHAGIAN AKADEMIK


(UNIT PENDAFTARAN)
Telefon : 05-4506923 / 6612
Email : redzuan@upsi.edu.my


mohaieda@upsi.edu.my

Kenyataan Utusan Malaysia mengenai H1N1 di UPSI

IPOH 29 Julai- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim diarah tutup buat sementara waktu selepas enam pelajar disahkan positif influenza A (H1N1) dan 20 pelajar lagi disyaki mendapat jangkitan.

Perkara itu dimaklumkan kepada Utusan Malaysia oleh seorang kakitangan universiti berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon ketika dihubungi mengesahkan UPSI akan diarah tutup.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih menunggu maklumat daripada Jabatan Kesihatan negeri.


Klik sini untuk berita seterusnya

Tuesday, July 28, 2009

Mahasiswa dan Mahasiswi sudah boleh balik kampung

Tanjung Malim- Menurut sumber yang dipercayai mahasiswa dan mahasiswi UPSI sudah boleh balik ke kampung halaman masing-masing. Difahamkan di Kolej KUO, mahasiswa dan mahasiswi dibenarkan balik ke kampung masing-masing. Namun begitu, kita berharap pengumuman rasmi daripada Dato NC ataupihak universiti secara rasmi supaya semua pelajar terutama UKLK mengetahui status mereka.

Terbaru: cuti Midterm minggu Depan dan Cuti Khas

Canselori UPSI - Hampir sah bahawa minggu depan akan ada cuti pertengahan tahun atau Midterm minggu depan. Sementara itu untuk baki beberapa hari ini akan diambil sebagai cuti khas. Namun begitu pengesahan bahawa mminggu depan ada midterm hanya akan disahkan oleh Dato' Naib Canselor atau TNC Akademik & Antarabangsa esok atau seawal awalnya petang ini.

Hal ini dikatakan sangat penting kerana ramai pelajar yang bertanyakan hal sebegini, bila agaknya cuti pertengahan semester? Saya berharap semua pelajar bertenang dan mematuhi perintah berkurung.

Halim Din sempat juga menghubungi Exco Kanan MPP, Saudara Akmal yang meminta semua pelajar tidak kira Islam atau tidak untuk sama-sama berdoa untuk keselamatan pelajar dan diminta dijauhi penyakit selesema babi ini. Seorang lagi Exco yang sempat dihubungi oleh Halim Din menyatakan pihaknya akan sedaya upaya membantu pelajar-pelajar terutama di UKLK sekiranya ada masalah atau yang mengalami simpton H1N1.

Halim Din: Sedang berada di Pusat Kesihatan UPSi

H1N1 Terbaru

Tjg Malim- Menurut sumber dalaman Bahagian Koperat dan Antarabangsa UPSI, kemungkinan besar akan diisytiharkan cuti selama seminggu di UPSI namun akan diganti dengan cuti pertengahan penggal. Maksudnya tidak akan ada cuti pertengahan penggal. Namun begitu kenyataan rasminya hanya akan dibuat oleh Dato Naib canselor atau TNC keesokan hari atau seawal-awalnya lewat petang ini.

Semua Pelajar UPSI boleh melihat perkembangan isu ini dari semasa ke semasa di upsi-insider atau blog www.upsikini.blogspot.com. Walaupun berlainan pendapat, atas dasar kemanusian dan tanggungjawab bersama, wartawan Halim Din dan Mr Teller sekarang sedang berada di sekitar kampus terutama di bangunan Canselori. Justeru itu input yang terbaru akan menyusul kepada anda secepat mungkin.

Selain itu, Halim Din sempat menghubungi MPP Kebajikan UPSI iaitu saudara Zulhelmi bertanyakan isu ini dan beliau menyatakan pihak MPP sekarang sedaya upaya membantu pelajar yang memerlukan. justeru itu menurutnya lagi sesiapa pelajar UPSI terutama yang tinggal di UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS yang mengalami simpton H1N1 diminta menghubungi MPP dengan seberapa segera. Pihak MPP akan terus membantu dan menghantar ke klinik kesihatan UPSI atau Hospital Tjg Malim.

Menurutnya lagi pihak MPP lebih risau kepada pelajar yang tinggal di UKLK kerana susah nak pastikan mereka dikuarantinkan berbanding pelajar yang tinggal di kolej. justeru itu Zulhelmi meminta semua pelajar UKLK memberi kerjasama sepenuhnya arahan kuarantin ini dan menghubungi terus MPP atau Pihak UPSI kalau terdapat simpton ini.

Halim Din: Sedang berada di Pejabat Bahagian Koperat dan Antarabangsa... Mr Teller pula di HEPA

Kuarantin Seminggu

UPSI- Halim Din baru sahaja mendapat berita terbaru bahawa kuarantin di setiap kolej akan memakan masa sebanyak seminggu. Jadi kepada pelajar di kolej anda diminta bersabar. Berita terbaru ini dikatakan disebarkan di beberapa kolej kediaman UPSI. Jadi harap sabar lah semua. Inilah ujian yang perlu ditempuhi kita semua...

Pelajar UPSI kena kuarantin 3 hari

Tjg Malim- Akhirnya setelah menunggu lama, Dato' NC ( Naib Canselor) mengumumkan kuarantin di UPSI terhadapa semua unit kediaman termasuk UKLK. Beliau turut meminta semua mahasiswa-mahasiswi UPSI bertenang dan jangan panik.

Menurutnya semasa ditemui wartawan kita pagi tadi, beliau meminta semua pelajar mengikuti semua garis panduan yang diberikan pihak pengurusan koleh dan pejabat kesihatan. Menurutnya lagi,pihak universiti akan sedaya upaya membantu pelajar dan pastinya menjaga kebajikan pelajar UPSI. Beliau juga meminta semua pelajar agar memperbanyakkan doa.

Halim Din turut berkesempatan bertemu dengan YDP MPP UPSI, Saudara Hairie berkaitan dengan perintah kuarantin ini. Menurut beliau, diharapkan semua mahasiswa/i bersabar dan jangan panik. Pihak MPP akan mencuba sedaya upaya untuk membantu di dalam menangani masalah ini.

Halim DIn: mana dia Upsikini...takda pun siarkan pasal kes ini. Yang dia tahu politik politik je