Wednesday, January 27, 2010

Pilihanraya Kampus UPSI 2009/2010


Tanjong Malim- Hari ini akan menjadi detik bersejarah buat mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk mengundi bakal calon MPP UPSI. Warga kerja Upsi-Insider berharap undilah dengan bijak. Jangan undi calon kerana dia mewakili mana-mana pihak tetapi undilah demi kepentingan mahasiswa.

Calon-Calon MPP:

Kawasan Umum
1) Nik Azrul Nik Kamarudin
2) Mohd Zahar Mohamed Nor
3) Shaiha Bt Sulaiman
4)Priyatharshini Darmalinggam
5)Nur Emillida Yusoff
6)Khadijah Mohd Bakri
7)Mohamad Faizal Mad Daud
8Muhd Muzakkir Afiq Musa


Undilah Calon Pilihan anda...

Halim Din: Tidak Sabar nak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi....




Wednesday, January 20, 2010

Jadula Perjalanan PRK

MAKLUMAT-MAKLUMAT MENGENAI PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2009/2010

TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT
20/01/2010
(Rabu) -
NOTIS Perisytiharan
PEMBUBARAN MPP
2008/2009 DAN
PEMILIHAN MPP 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
Kampus Induk dan Kolej-Kolej
Kediaman.

21/01/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang
Tempoh penjualan Borang
Pencalonan
Bilik Mesyuarat Utama, Aras
Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.
22/01/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
11.00 pagi
HARI PENAMAAN CALON
Bergambar
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
12.00
tengah hari
Pengumuman calon-calon
yang layak bertanding Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
2.45 petang
hingga
3.45 petang
Rayuan, bantahan dan
penarikan diri pencalonan
Bitarasiswa
(Bilik Sekretariat
Pencegahan Rasuah)
4.45 petang
PENGUMUMAN AKHIR
CALON YANG LAYAK
BERTANDING
(JIKA ADA PERUBAHAN)
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
5.30 petang
Taklimat kepada calon-calon
yang layak bertanding dan
wakil calon-calon
Bitarasiswa
(Bilik Seminar)
6.30 petang
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman
23/01/2010
(Sabtu)
hingga
27/01/2010
(Rabu)
8.30 pagi
hingga
12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah
2. Kolej-kolej Kediaman
Lampiran 1b
28/10/2010
(Khamis)
8.30 pagi
hingga
5.00 petang

HARI PEMILIHAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR
(MPP) SESI 2009/2010
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Dewan Serba guna Kolej
Za’ba
4. Dewan Serbaguna KUO
5. Foyer Kolej Harun
Aminurrashid
6. Perpustakaan Tuanku
Bainun
7. Foyer KDP
5.30 petang
PENGUMUMAN
KEPUTUSAN PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2009/2010
Dewan SITC
29/10/2010
(Jumaat)
8.30 pagi
hingga
10.00 pagi
Rayuan dan bantahan
keputusan Pemilihan
(jika ada)
Bilik Mesyuarat RMC
Aras 3
Bangunan Canselori
12.00
tengahari
Keputusan rasmi dan
muktamad Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di
kampus induk dan kolej-kolej
kediaman dan Laman web
3.30 petang Taklimat kepada MPP Sesi
2009/2010 Bilik Mesyuarat Utama JHEPA

Monday, January 18, 2010

Menjelang Pilihanraya Kampus UPSI 2010

Tjg Malim- Pilihanraya kampus dijangka menjelang dalam minggu hadapan semakin rancak. Calon-calon kelihatan sudah mula berkempen walaupun gendang perang belum bermula. Kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UPSI sudah dapat menduga bakal calon yang bertanding.
Hal ini jelas kelihatan di beberapa fakualti atau program kebelakangan ini, kebanyakkan bakal calon sudah bersedia untuk menonjolkan diri masing-masing.

UPSI-Insider juga sempat menemu bual beberapa pelajar UPSI yang sudah dapat menduga beberapa calon MPP. Mohd. Hanafi, pelajar Semester 5 menyatakan beliau dapat melihat kelibat beberapa calon yang menonjolkan diri sejak beberapa waktunya. Beliau turut menjelaskan kebanyakkan bakal calon ini ada yang sudah dikenali namanya dan ada juga langsung tidak dikenali. Beliau berharap bakal-bakal calon MPP ini bersedia untuk memikul tanggungjawab besar nanti. Beliau juga mengingatkan supaya bakal calon ini nanti jangan hanya masa kempen sahaja baru nak turun padang tetapi harus dipraktikan setiap hari selepas menang.

Tinjaun UPSI-Insider seterusnya ke Kolej-Kolej Kediaman. Tinjauan mendapati kolej-kolej kediaman sedang sibuk dengan hari terbuka kolej masing-masing dan tidak terdapat ruang untuk berpolitik kampus buat masa ini. Beberapa JMK Kolej Kediaman yang ditemui menyatakan mereka lebih menumpukan perhatian kepada Hari Terbuka Kolej masing-masing daripada PRK. Hal ini menurut seorang JMK salah satu kolej berpengaruh menyatakan mereka lebih selesa melaksanakan amanah yang diberikan di Kolej dari memikirkan politik kampus. Malah kebanyakkan JMK sudah mengetahui calon yang dijangka akan bertanding.

Akhir sekali, UPSI-Insider cuba untuk mengeluarkan senarai bakal-bakal calon MPP UPSI. Pemilihan MPP kali ini dijangka sengit terutama sekali kerusi umum yang bakal menentukan siapa bakal Yang Dipertua MPP UPSI kali ini menggantikan Saudara Hairie.

Halim Din: Tak sabar nak tahu siapa bakal calon Fakualti Sains & Teknologi...tak sabar nak undi...

Sunday, January 10, 2010

UPSI-INSIDER Beroperasi Semula

Pihak UPSI-Insider Akan kembali dalam minggu ini bagi memberi liputan mengenai pilihanraya kampus yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja. Tumpuan UPSI-Insider menjurus kepada pilihanraya kampus UPSI............Tunggu liputan daripada UPSI-Insider...

Halim Din