Monday, January 18, 2010

Menjelang Pilihanraya Kampus UPSI 2010

Tjg Malim- Pilihanraya kampus dijangka menjelang dalam minggu hadapan semakin rancak. Calon-calon kelihatan sudah mula berkempen walaupun gendang perang belum bermula. Kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi UPSI sudah dapat menduga bakal calon yang bertanding.
Hal ini jelas kelihatan di beberapa fakualti atau program kebelakangan ini, kebanyakkan bakal calon sudah bersedia untuk menonjolkan diri masing-masing.

UPSI-Insider juga sempat menemu bual beberapa pelajar UPSI yang sudah dapat menduga beberapa calon MPP. Mohd. Hanafi, pelajar Semester 5 menyatakan beliau dapat melihat kelibat beberapa calon yang menonjolkan diri sejak beberapa waktunya. Beliau turut menjelaskan kebanyakkan bakal calon ini ada yang sudah dikenali namanya dan ada juga langsung tidak dikenali. Beliau berharap bakal-bakal calon MPP ini bersedia untuk memikul tanggungjawab besar nanti. Beliau juga mengingatkan supaya bakal calon ini nanti jangan hanya masa kempen sahaja baru nak turun padang tetapi harus dipraktikan setiap hari selepas menang.

Tinjaun UPSI-Insider seterusnya ke Kolej-Kolej Kediaman. Tinjauan mendapati kolej-kolej kediaman sedang sibuk dengan hari terbuka kolej masing-masing dan tidak terdapat ruang untuk berpolitik kampus buat masa ini. Beberapa JMK Kolej Kediaman yang ditemui menyatakan mereka lebih menumpukan perhatian kepada Hari Terbuka Kolej masing-masing daripada PRK. Hal ini menurut seorang JMK salah satu kolej berpengaruh menyatakan mereka lebih selesa melaksanakan amanah yang diberikan di Kolej dari memikirkan politik kampus. Malah kebanyakkan JMK sudah mengetahui calon yang dijangka akan bertanding.

Akhir sekali, UPSI-Insider cuba untuk mengeluarkan senarai bakal-bakal calon MPP UPSI. Pemilihan MPP kali ini dijangka sengit terutama sekali kerusi umum yang bakal menentukan siapa bakal Yang Dipertua MPP UPSI kali ini menggantikan Saudara Hairie.

Halim Din: Tak sabar nak tahu siapa bakal calon Fakualti Sains & Teknologi...tak sabar nak undi...

No comments:

Post a Comment