Monday, July 20, 2009

Antara Dua Darjat..Persatuan/Kelab vs MPP/JMK Kolej

Tjg Malim- Sesuatu telah menarik perhatian upsi-insider apabila mendapat email daripada seorang mahasiswa yang ingin dikenali sebagai Abdul Hassan mengatakan bahawa terdapat amalan dualisme di dalam program. Hal ini menurut beliau disebabkan oleh peruntukan kewangan yang amat kurang untuk Persatuan atau Kelab membuat aktiviti.

Menariknya menurut Abdul Hassan lagi, aktiviti Persatuan dan Kelab hanya dibenarkan adalah berbentuk AKADEMIK sahaja. Bagi MPP dan JMK Kolej pula, mereka tidak terhad dan peruntukan untuk dua organisasi ini adalah tidak terhad. Beliau turut mempersoalkan apakah kerana MPP dan Kolej merupakan tunjang kekuatan universiti sehinggakan Persatuan dan Kelab dipinggirkan sedangkan Kelab dan Persatuanlah yang banyak membuat aktiviti dan lebih dekat dengan pelajar.

Bagi menjawab persoalanan ini, Halim Din sempat menanyakan soalan ini kepada En Salleh ( Nama Samaran) yang mengatakan bahawa tidak ada wujud diskriminasi pun daripada pihak universiti terhadap kelab dan persatuan tetapi disebabkan program yang dijalankan oleh persatuan atau kelab ini disifatkan beliau sebagai di luar kemampuan dan bukan akademik itulah menyebabkan ia tidak mendapat bajet yang diminta.

Menurut seorang mahasiswa yang hanya dikenali sebagai Hisham menyatakan amalan dua darjat terhadap persatuan dan kelab ini seharusnya tidak wujud dan mengharap agar pihak berwajib untuk tidak memandang remeh isu dua darjat antara kelab dengan MPP atau Persatuan dan MPP serta Kolej. Semoga selepas ini akan ada banyak program yang membantu menaikkan nama universiti di samping memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.

Halim Din turut mengucapkan tahniah kepada PERMAS kerana berjaya menganjurkan program terbesar pertama universiti semester ini dengan jayanya. Halim Din berharap agar semua persatuan dapat mencontohi PERMAS agar tidak mudah berputus asa apabila ada masalah dan jangan takut membuat aktiviti yang besar. Tahniah kepada PERMAS....

Halim Din

No comments:

Post a Comment